Sempadan Mesir-Gaza dibuka secara tetap

Dulu, rakyat Palestin di Gaza terpaksa membuat terowong ke pekan Rafah untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat dari Mesir.

Kita  bersyukur dan mengalu-alukan keputusan pemerintah tentera Mesir membuka secara tetap sempadan Mesir-Gaza bermula semalam. Dengan ini penduduk Islam di kedua-dua tempat boleh berulang alik bebas, menghubungkan saudara mara yang telah lama dipisahkan oleh regim Husni Mubarak dokongan Israel, Amerika dan Barat dengan membuat sekatan tembok di atas dan di bawah tanah. Sebenarnya kesan dari pembukaan sempadan itu adalah lebih jauh dari sekadar memudahkan makanan dan ubat-ubatan disalurkan ke Gaza.

Sempadan Mesir-Gaza ditutup oleh 5 orang ini, namun Revolusi Rakyat Mesir 25 Januari membuktikan semangat dan kehendak rakyat itulah lebih kuat dari sebarang perancangan dan pengkhianatan para pemimpin yang jahat.

Sempadan Mesir-Gaza ditutup melalui perbincangan jahat di White House, Washington akan tetapi ia dibuka melalui doa umat Islam yang ikhlas dan berani di Medan Tahrir, Kaherah. Foto : Seorang ulamak Al-Azhar sedang megimami solat dan doa di Medan Tahrir semasa hari-hari Revolusi 25 Januari.

Di antara kesan lain yang penting ialah :

  1. Ia menjamin persahabatan yang erat di antara kedua-dua umat Mesir dan Palestin. Ini adalah asas yang penting ke arah pembebasan Palestin secara total dari penjajahan Yahudi. Mesir adalah negara Islam yang terkuat.
  2. Ia memberikan kekuatan kepada Gaza di segi bantuan persenjataan dan bantuan sumber manusia sekaligus. Oleh kerana tentera Mesir adalah tentera yang terbaik di dunia seperti sabda Rasulullah saw, maka mudahnya tentera tersebut untuk masuk ke Gaza adalah satu perkembangan dan potensi yang menguatkan pertahanan dan kedudukan Gaza.
  3. Dengan terbukanya sempadan juga bermakna ahli-ahli politik dari kedua-dua tempat lebih mudah membuat kunjungan balas sesama mereka. Ini akan meningkatkan kesefahaman dan kesepakatan.
  4. Ia juga menamatkan era permusuhan Mesir terhadap Gaza dan gerakan Hamas, sekaligus melemahkan semangat Fatah yang didokong Mesir, Israel, Amerika dan Barat suatu masa dulu (iaitu sebelum Revolusi 25 Januari). Kesan ini jelas dengan persefahaman awal yang termeterai di antara Hamas dan Fatah di bawah penyeliaan Mesir baru-baru ini. Sebelum ini, disebabkan Hamas dianggap dikepung di setiap sempadan wilayah Gaza di bawah kekuasaannya, Fatah angkuh dan tidak menerima sebarang persefahaman dengannya. Kini senario telah berubah.

Semoga Allah swt terus memberikan kekuatan demi kekuatan, pembebasan demi pembebasan kepada umat Islam sehingga Agama ini kembali ke kedudukannya yang asal sebagai ustaz kepada dunia (ustaziatul alam), memimpin dan membimbing seluruh umat. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

Mesir buka pintu sempada Gaza secara tetap

26/05/2011 2:48am

KAHERAH 26 Mei – Mesir akan membuka satu-satunya pintu sempadan dengan Semenanjung Gaza pada hujung minggu ini, umum kerajaan tentera semalam.

Agensi berita rasmi, Middle East News Agency berkata, sempadan Rafa itu akan mula dibuka secara tetap mulai Sabtu ini dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum.

Tindakan itu menandakan pengurangan sekatan ke atas kawasan ditadbir Hamas namun mungkin menimbulkan konflik dengan Israel. – Agensi

Comments are closed.