Kenyataan Media PEMBELA 4 Mei 2011

Timbalan Presiden ISMA (dua dari kiri) di sidang media PEMBELA.

PEMBELA mengumumkan bahawa suatu program yang bertujuan menghimpun seramai mungkin wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan Islam seluruh negara akan diadakan pada hari Sabtu ini 7 Mei 2011M bersamaan 3 Jamadil Akhir 1432H bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur bermula jam 830 pagi.

Perhimpunan ini dianjurkan untuk mengukuhkan kerjasama dan rangkaian di antara pertubuhan-pertubuhan berorientasi dan beraspirasikan Islam agar suara umat Islam akan lebih dihormati dan didengari oleh semua pihak terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan kedudukan Islam dan umatnya.

Akhir-akhir ini, PEMBELA merasakan terdapat percubaan dan usaha berterusan dan terancang sesetengah pihak untuk mempertikaikan kedudukan Islam dalam pentadbiran, undang-undang dan perlembagaan negara. Agama Islam yang merupakan agama negara dan salah satu paksi pembinaan negara bangsa Malaysia cuba hendak disama tarafkan dengan agama-agama lain. Sering kali cuba ditimbulkan gambaran bahawa penganut agama lain dizalimi dan menghadapi mangsa penindasan yang di luar batas di negara ini. Islam dan umat Islam cuba dipakaikan dengan imej yang sehodoh mungkin dan cuba dipersalahkan agar tunduk lemah dan mengalah.

Atas kesedaran itu, PEMBELA berharap untuk mengumpulkan wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan Islam kecil dan besar, termasuklah wakil-wakil masjid dan surau, persatuan mahasiswa dan pelajar, persatuan kakitangan Islam pejabat dan syarikat dan seumpamanya untuk menggembeling tenaga dan fikiran untuk bersama-sama menangani isu berkaitan Islam di negara kita.

4 thoughts on “Kenyataan Media PEMBELA 4 Mei 2011

  1. pada siapa nak diharapkan, yang tinggal cuma sebatang tubuh, mulakan dari langkah yang pertama, biar putih tulang jangan putih oh mata..

  2. apa dia pembela ni? tak usah la nak menangguk di air yg keruh. Kenapa nak salahkan penganut ugama lain pula sebagai sebab kononnya Islam di Malaysia ni tergugat.. Hanya di Malaysia je berlaku begini, di Eropah dan lain, tiada isu Islam terpinggir dek kerana penganut Kristian punya kerja

    sudah2 la, kita perlu harmonikan suasana.. sudah2 la gantung banner di jalanan

  3. apa,
    saya rasa mereka mengambil sikap mencegah sebelum mengubati,nak tunggu anak atau saudara sendiri masuk kristian, baru nak kelang-kabut, memang tiada harmoni dah waktu tu..

  4. Aku kenal presiden PEMBELA tu. Sepatutnya perhimpunan sebegini diadakan sejak Pak Lah jadi PM. Sebab apa? Sebab masa tu lah Bible dibenar dibawa keluar dari gereja. Sedangkan masa zaman Dr Mahathir jadi PM, beliau sendiri tak izinkan.

    Islam Hadhari punya pasal! Penyudahnya sampai sekarang timbul isu Bible dalam bahasa Melayu pulak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>