Fatah dan Hamas tandatangani perjanjian damai di Kaherah

28 April 2011 - Dua organisasi terbesar Palestin, Fatah dan Hamas telah mengumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan bersama di Kaherah bahawa mereka telah menandatangani perjanjian damai antara keduanya setelah perbincangan diteruskan selama sebulan lebih, hal tersebut telah disahkan oleh ahli Jawatankuasa politik Hamas, Mousa Abu Marzouk dan ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmad.

Perjanjian tersebut dilihat sebagai titik permulaan kepada perbincangan-perbincangan yang akan dilakukan selepas ini dan perjumpaan terdekat adalah pada minggu hadapan yang akan menyaksikan termatrinya perjanjian semua kumpulan Palestin secara menyeluruh.

Abu Marzouk, berkata ini merupakan lembaran baru yang lebih harmoni dalam mengembalikan hak rakyat Palestin, hari ini kita berdiri untuk memetik buah dari dialog yang lama.

Abu Marzouq menjelaskan lagi bahawa kesepakatan pada masa terdekat ialah bagaimana untuk membentuk kerajaan bebas serta mengaktifkan kembali tugas-tugas Majlis Perundangan sebelum diadakan pilihanraya.

Sumber:  Aman Palestin

15 thoughts on “Fatah dan Hamas tandatangani perjanjian damai di Kaherah

  1. Salam,

    Apa lagi UMNO dan PAS? Kalau orang Palestin tu pun sedar bahawa mereka perlu bekerjasama supaya musuh gentar kepada mereka, takkan UMNO dan PAS tak boleh? Bersatu dulu, lepas tu boleh pikir pasal negara Islam. Nampak sangat Hamas pada masa ini lebih mementingkan kesatuan rakyat Palestin daripada menegakkan negara Islam melalui politik. PAS sepatutnya mengikut jejak Hamas…

  2. bersepakat bukan bererti membubarkan PAS atau UMNO tetapi memulakan perundingan dan persepakatan di dalam agenda bersama untuk umat Islam dan orang Melayu sebagai tunggaknya

  3. Assalamualaikum,

    izinkan saya melontarkan pandangan saya. setahu isma adalah jemaah yang paling muda dan mula untuk menonjol. suka untuk saya katakan dan harapkan agar orang2 dan jemaah muda ini mengkaji sirah perjuangan islam di malaysia.. jangan sama kan waqi di malaysia dengan waqi di palestin ..kita patut kritis dan critical thinking.. memperjuangkan islam dengan politik adalah sangat susah berbanding memperjuangkan islam dengan islah dan tabiyah sahaja..

    kalau kita salah strategi dalam menggerakkan tarbiyah pada sesetengah pihak ia masih mudah untuk diperbaiki.. tapi jika kita salah dari segi strategi dalam memperjuangan islam di dalam politik ,ia bakal memberikan impak yang sangat besar…

    Pas pernah bergabung dengan umno ketika dulu dan ditendang keluar sehingga umni berjaya merampas kelantan kembali…. so pas telah belajar daripada sejarah.. ibn khaldun pernah berhujah dalam kitab nya , “sejarah akan bakal berulang”… so tidak semudah itu pas ingin bergabung..pada tahun 2004 umno menang besar sehingga kelantan dibawah tuan guru nik abdul aziz hampir jatuh di tangan umno.. tahun 2004-2008, tidak pernah ada pula ada seruan daripada umno untuk mengajak pas bergabung.apabila lepas pilihanraya 2008 pakatan rakyat menang besar,,tiba2 ada seruan pula untuk bergabung… di situ sangat diragui…

    perjuangan islam ini menuntut setiap yang kita buat berdasarkan alquran,assunah,ijma’ dan qias… dan kena berpijak di bumi yang nyata.. jangan terlalu idealisitk…idealisitik harus selari dengan realistik..jika tiadk perkembangan perjuangan islam tidak akan ke mana..

    isma harus mengkaji sejarah perkembangan perjuangan islam di malaysia ini.. sekadar pandangan daripada orang yang masih belajar…

  4. satu lagi, kalau nak pas dan umno bergabung… bagaimana nak hadapi mca yg begini pula? sama sahaja… http://umno-online.com/?p=36607 sila baca..mca bole terima pas masuk umno jika pas melupakan dasar islamnya..plz comment secara ilmiah ya..mari sama2 berbincang ilmiah..boleh kan?

  5. assalamualaikum,
    tidak perlu pun pas bergabung dengan umno;hanya yang diperlukan kesepakatan pas-umno dalam isu-isu membabitkan kepentingan orang melayu-islam di Malaysia;
    contohnya dalam hal agama islam sebagai agama rasmi di Malaysia; hak-hak istimewa Bumiputera Melayu -Islam di malaysia;kuasa raja-raja Melayu sebagai ketua hal-ehwal Islam di negeri2 dan YDP Agong sebagai ketua hal-ehwal islam di Malaysia;
    ini semua unsur-unsur tetap yang sangat2 perlu dikekalkan di bumi malaysia dan tidak ada siapa pun yang boleh mencabarnya supaya islam terus subur dan dakwah islam dapat terus tersebar..
    masalah-masalah ini yang umno dan Pas perlu bersepakat..
    kalau ada orang yang cuba nak ambil hak 30% bumiputera dalm ekonomi,umno dan pas perlu bersepakat dan bersuara;tiada kompromi.
    jika ada yang mempersoalkan hak-hak berpakaian orang islam di Malaysia yang mewajibkan menutup aurat,umno dan pas bersepakat bersuara mempertahankan hak orang islam;
    jika ada yang bersuara membantah meletakkan agama islam dalam kad pengenalan,dan anak2 kita dibenarkan memilih agama apa yang disukai,umno dan perlu kedepan bersuara bersepakat menentang….kerana mereka makin berani mempersoalkan hak kita orang melayu -islam;

    adakah untuk bersepakat dalam hal2 seperti ini perlukan umno dan pas bergabung??tidak bukan..??
    jadi,inilah yang diharapkan sebenarnya!!
    ada banyak lagi contoh sebenarnya..mari kita sama2 listkan apa perkara yang orang Melayu kita boleh sepakat
    -ekonomi
    -bahasa melayu
    -hal-ehwal pendidikan/sekolah kebangsaan/universiti
    mari sama-sama kupas dan listkan apa bidang2 yang boleh disepakati..mari2..
    jom!!!!sepakat…

  6. insan yg juga lemah

    pada saya, isma menyeru kepada kesepakatan umat islam dalam mempertahankan agenda umat islam… tak dinafikan pengalaman yg byk dr pihak jemaah lain, namun, pada saya masyarakat tak diislah mengikut acuan yg sepatutnya… lebih kepada kepartian berbanding kemaslahatan umat… andai benar kita belajar dari kesilapan, kita mungkin boleh nampak bagaimana telah terhakis kedaulatan islam di malaysia… pada saya, kenapa perlu dilihat kehendak pihak minoriti ini sedangkan Allah telah merahmati umat ini bilangan yg ramai.. sekurang-kurangnya orang yg mmperjuangkan melayu lebih memihak pada islam berbanding golongan yg memberi percuma kedaulatan islam kpd pihak yg tak sepatutnya… contoh hamas dan fatah hanya sekadar contoh, bukan perlu diikut sebulatnya, namun lebih baik mengambil jus nya yakni bersatu dalam mempertahankan kedaulatan umat islam atau dalam konteks sesetengah pihak melayu kerna ia lebih penting utk dipertahan drpd jatuh kpd org yg tak spatutnya… Allahu’alam… nuhibbukum fillah… inshaAllah

  7. Fatah yg jauh lebih teruk dr UMNO yang telah khianat perjanjian berkali-kali pun Hamas masih nk bersatu. Takkan sekali je PAS kena khianat dah tak boleh nk buat kerjasama. Sebenarnya kalau PAS tak nak bersatu dgn UMNO tp tak bersatu dgn Non-Muslim benda tu masih ok sbb org non-muslim tak akan berani minta macam2. Cuma tindakan/ strategi politik PAS skrg bnyk menyebabkan kepentingan org Islam tergadai.

    Ahli PAS kena lihat bahawa menegakkan Islam bukan seringkas dengan menjatuhkan UMNO.

    Satu lg, format PR tak sama dgn BN. Dlm BN, UMNO dominan. MCA & MIC x berani sentuh kepentingan org Melayu/ Islam sebelum pilihanraya 2008. Dlm PR berbeza, PAS dah gadai perjuangan negara Islam sebab nk jaga hati non-muslim. Smpaikan bnyk isu terkini berkaitan umat Islam (bible, kalimah Allah, judi di Kelantan, dll) PAS terpaksa rai pendapat mereka.

    Macammana? Cukup ilmiah tak?

  8. slm insan lemah, cantiknya islam bila umatnya disatukan dgn akidah,kalimah la ilaha illallah muhammadur rasullullah. mslh skrg buknlah krana ada sistem pmbgkn n krajaan.ana nmpk sistem ini ada baiknya dr sudut ‘check n balance’. namun, seperti apa yg kita lihat skrg, kpimpinan ngara kita tidak bersepakat walaupun yg berkisar tntg ketuanan melayu islam, dan byk lg soal2 kpentingan bersama yg mana kita terpaksa hakis sdikit demi sdikit keistimewaan kita malah smakin hari ‘mereka’ smakin brani mencabar kdudukan melayu muslim d tnhair mereka yg scara asalnya di pggil tanah melayu ini, atas sbb kita mahukan undi/sokongan dr pd golongan minoriti ini. soal masuk bn atau pr tidak mnjadi persoalan. tetapi, kita harus sepakat dlm byk hal supy mnguntungkan kedua2 blh pihak. ya, mca atau dap sama ahj,slagi mereka belum islam,adapun tunduknya mereka adalah dsbbkn kuatnya kita n mereka inginkan kselamatan.scara batinnya,mereka xpernh reda tntg islam.oleh itu, kita harus kuat, sepakat mmbwa berkat. jika d palestin,musuh terbesar mereka ialah zionis, tetapi dlm ruang lingkup malaysia, mereka yg mncbr ketuanan melayu islam lah musuh terbesar. melayu sepakat islam berdaulat

  9. saya tertarik dengan komen insan lemah, dan saya tertarik juga dengan situasi baru antara Fatah dan Hamas.
    1- Saya setuju dengan pendapat I.L yg menyatakan medan politik lebih kritikal drp medan islah/tarbiah dalm menentukan apa-apa strategi, tapi saya setuju juga jika bhw org politik mendengar dan menimbang pendapat org diluar politik kerana menjadi kelazimannya orang politik melihat maslahat memenangkan parti politiknya lebih diutamakan daripada melihat kemaslahatan memenangkan umat Islam dan Islam itu sendiri w.pun kadang2 drp org politik yg memperjuangkan Islam..” illa man rahima Rabbuh”
    2- Saya tidak setuju dgn kenyataan bhw keadaan politik Palestin terlalu berbeza dan tidak ada persamaan langsung dgn Malaysia.Sesiapa yg mengkaji sejarah dunia sebelum dan selepas Perang dunia hingga ke hari ini serta melihat peranan kuasa Barat dalam membentuk semula siosal-politik sesebuah negara yg dijajah sebelum diberi kemerdekaan akan bertemu dengan titik persamaan antara situasi politik Palestin dan Malaysia.
    3- Fatah dan Hamas adalah dua parti dan kumpulan yang besar d Palestin.kedua-duanya pada hasrat penubuhan dan perjuangannya adalah untuk mengembalikan semula hak rakyat Palestin. Hamas amat jelas dengan perjuangan Islamnya,Fatah pula w.pun dikatakan sekular, perjuangan atas asas kebangsaan,dan dalam senario terakhir sebelum meninggalkan Gaza membuat konspirasi bersama Israel dalam usaha menjatuhkn Hamas, tetapi ia tetap mempunyai pengaruh dan pemberat politik di Palestin dikalangan umat Islam di sana.
    4- bersambung…

  10. HAMAS dengan FATAH rasanya tak ada parti gabungan non-muslim. Memang senang nak bergabung. UMNO ada MCA (dominan tak dominan, tetap kurang ajar dan UMNO dilihat tak berminat untuk bertegas). PAS pulak berkawan dengan DAP. UMNO dan PAS masing-masing ada kepentingan dan yakin dengan jalan masing-masing. ISMA pulak NGO. Orang politik kata, NGO selama-lamanya tak akan faham sepak-terajang politik. Asyik suruh parti politik bersatu. Sesama NGO pun gaduh…apahal?

  11. 1. UMNO ketuk “sikit” kepala MCA dan CSL pasal banyak buat kenyataan “hina” ISLAM dan Muslim

    2. UMNO/BN lupakan kes mahkamah royalti minyak Negeri Kelantan. Bagi terus tanpa banyak songel (ikut nasihat Tengku Razaleigh)

    3. UMNO sokong 100% supaya kes video sex DSAI dibawa ke Mahkamah Syariah sebagai kes Qazaf

    4. UMNO mintak maaf secara terbuka kerana pernah tendang PAS keluar dulu.

    Rasa kalau UMNO boleh buat perkara2 di atas…ada cahaya di hujung terowong tu..

  12. PAS duduk semeja dengan UMNO(BN)..

    Bagi royalti minyak kat Kerajaan Negeri Kelantan dulu…ada berani?

  13. abc,
    HAMAS dengan FATAH rasanya tak ada parti gabungan non-muslim ?
    sekejap, mari tinjau-tinjau dengan jumlah 90% muslim di palestin mereka mmpu bersepakat dan telah melakukannya untuk kali ke 2, bukankah dengan 56.7% muslim d Malaysia ia lebih perlu dn kelihatan sgt kritikal bukan?

    pintu kesepakatan kalau nak bermula dengan isu-isu perbezaan, bagaimana mungkin nak dapat sepakat? bermulalah dengan persamaan Insyallah akan terbuka pintu-pintu seterusnya, sememangnya x semua perkara boleh bersama :)

    nabi bersabda : “jangan kamu perkecilkan sesuatu yg baik..” apakah salah NGO,mkck kampung ker, pkcik surau ker nak ajak org Islam sama2 berdamai ? kalau x rasa keperluan untuk itu lagi bahaya..

  14. Salam.

    Sekadar melontar pandangan. Saya masyarakat di Malaysia ini masih tidak mampu berfikir luar kotak politik. Apa yang mereka nampak hanya politik. Cuba lihat diluar kotak politik. Sepakat dalam mempertahankan hak ketuanan Melayu-Islam. Itu sahaja. xperlula nak bicara tentang soal royalti dan sebagainya. Itu masalah dalam antara UMNO n PAS. Sekarang kita mengajak UMNO-PAS bersepakat dalam isu masyarakat melayu muslim. Bukan isu politik. NGO2 Islam dah pun bersatu atas satu agenda iaitu agenda ketuanan Melayu-Islam. Lihat sahaja PEMBELA. Mereka berjaya menyatukan 80 ngo2 Islam atas 1 agenda ummah. So sekarang wakil2 rakyat pula bersatu yakni UMNO-PAS. Hangpa nak berbeza perjuangan politik, silakan. Tapi jom sepakat atas isu ini.

  15. mungkin ada pros n cons. kalu umno gabung pas, confirm mca gabung dap, silap2 sekali dgn mic. lepas tu jadi parti berasakan kaum. parti melayu dan parti bukan melayu. semua org melayu undi pas-umno, cina india undi parti bukan melayu. macam ni l…agi dahsyat. tun M kejap sokong pas join umno. kejap x sokong. ikut pada kekuatan semasa umno. kalu umno lemah perlu gabung dgn pas. kalu umno dah kuat xpayah gabung dgn pas. kalau kita kata dap menunggang pas, tapi umno ada niat menelan pas. berbeza pendapat perkara biasa hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>