Pendirian DAP berhubung isu judi dedah agenda sebenar mereka

Tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan keputusan kerajaan PAS di Kelantan melarang penjualan tiket loteri di negeri itu jelas mencerminkan agenda sebenar perjuangan politik mereka. Tekanan demi tekanan yang cuba dikenakan ke atas PAS dan kerajaan Kelantan seolah-olah menggambarkan DAP mahu memaksakan kehendak sendiri ke atas rakan koalisi mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Sewaktu isu ini mula timbul lebih kurang sebulan yang lalu ekoran tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan menyaman dua pemilik kedai buku kerana menjual tiket loteri, DAP melalui pengerusinya Karpal Singh meminta kerajaan Kelantan menarik balik larangan tersebut atas alasan aktiviti perjudian seperti itu dibenarkan kepada orang bukan Islam di bawah Undang-undang Kerajaan Persekutuan.

Susulan daripada itu, PAS bersetuju mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan PR bagi memberi penjelasan dan mendapatkan pandangan setiap pihak. Hasilnya, PAS bersetuju untuk mengkaji semula larangan penjualan tiket loteri dalam konteks perundangan di mana Menteri Besar Kelantan telah mengarahkan penasihat undang-undang kerajaan negeri untuk mengintrepret undang-undang berkaitan.

Setelah mengkaji undang-undang, penasihat undang-undang negeri Kelantan berpandangan bahawa kerajaan negeri telah bertindak dalam hak perundangan mereka. Sehubungan dengan itu, kerajaan Kelantan mengemukakan pendirian untuk meneruskan larangan penjualan tiket loteri di negeri tersebut. Namun seperti dijangka, DAP ternyata masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus mendesak kerajaan Kelantan agar menarik balik larangan tersebut.

Senario ini mendedahkan sikap hipokrit DAP berhubung isu judi. Sewaktu Kerajaan Persekutuan meluluskan aktiviti perjudian bola pada tahun lepas, DAP adalah pihak yang paling lantang menyuarakan bantahan mereka. Malah mereka menegaskan bahawa semua negeri di bawah kekuasaan PR akan menghalang sebarang aktiviti perjudian bola (rujuk kenyataan media Setiausaha DAP Perak di sini).

Kini apabila rakan seangkatan mereka dalam PR melarang aktiviti judi di Kelantan, DAP menentangnya kerana mahu dilihat sebagai juara atau pembela hak-hak orang bukan Islam. Selain mahu menjaga sokongan bukan Islam, penentangan ini pada asasnya bertitik tolak daripada prinsip parti yang anti-Islam. Maka apa sahaja langkah yang tidak selari dengan dasar dan kepentingan mereka sudah pasti akan ditolak.

Sikap double standard yang ditunjukkan DAP sebenarnya menyerlahkan agenda sebenar perjuangan politik mereka. Apabila mereka menentang keputusan Kerajaan Persekutuan meluluskan aktiviti perjudian bola dahulu, tindakan itu lebih didorong oleh kedudukan mereka sebagai pembangkang, bukannya atas alasan aktiviti judi membawa kemudaratan kepada masyarakat.

Pada pandangan saya, jika benar tindakan kerajaan Kelantan melarang penjualan tiket loteri tidak sah dari segi undang-undang, biarlah penduduk bukan Islam di Kelantan yang mengambil tindakan sekiranya ada di kalangan mereka yang tidak berpuas hati. Tidak perlu untuk DAP masuk campur sehingga ke tahap mengemukakan desakan supaya kerajaan PAS menarik balik larangan tersebut.

Isu ini juga sebenarnya akan dapat dijadikan kayu ukur sokongan orang-orang bukan Islam di Kelantan terhadap kerajaan PAS di sana. Jika mereka menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, sudah pasti isu ini tidak akan memberi sebarang kesan. Sokongan atau penolakan ini akan dapat dilihat dalam PRU akan datang melalui hak mereka sebagai pengundi.

Pada masa yang sama, umat Islam di negara ini termasuk di kalangan parti-parti politik Melayu sepatutnya sepakat dalam menyokong pendirian kerajaan PAS melarang aktiviti perjudian dalam bentuk tiket loteri ini, samada secara terang-terangan ataupun senyap. Amat menyedihkan apabila beberapa orang pemimpin Melayu termasuk dari PR sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan ini atas alasan bersalahan dengan peruntukan undang-undang.

Kepada pihak-pihak terbabit, janganlah melihat isu ini dari perspektif politik sempit semata-mata. Sepatutnya apa sahaja ruang untuk melaksanakan syariat Islam walau sekelumit perlu disokong. Jika benar tindakan menguatkuasakan larangan tersebut tidak bertepatan dengan undang-undang, maka biarlah orang bukan Islam yang mengemukakan bantahan. Kalau tak bersetuju pun, diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”

Mohd Firdaus Sabturani,
Ketua Pengarang,
Media ISMA

51 thoughts on “Pendirian DAP berhubung isu judi dedah agenda sebenar mereka

  1. isunya adalah loteri dan bukan judi secara tepat..mungkin kelihatan sama tp berbeza dari sudut peruntukan perundangan….kesian DAP yg jd sasaran, sedangkan kerajaan pusat yg membenarkan loteri..mungkin sbb kerajaan pusat UMNO orang melayu kot…Melayu sepakat islam berdaulat..loteri dan judi tetap haram..usah dijual nama DAP semata2,pemimpin melayu ramai je yg menjadi shareholder syrkt loteri..

  2. Salam,
    husn zon – artikel ini betujuan menyampaikan tentang sikap hipokrit DAP dan menyedarkan orang Islam tentang perlunya kita berfikir di luar kotak dengn tidak memikirkan blok-blok politik. Kita sedia maklum ttg sifat org kafir yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan Islam. Baik MCA atau DAP mereka sebenarnya mewakili puak yang menentang menegakkan syiar Islam. Sepatutnya kita bersatu untuk mempertahankan dan menegakkan Islam. lagi contoh hipokrasi yang boleh dijadikan rujukan: –
    http://malaysia-today.net/archives/25286-media-statement-by-tony-pua-dap-national-publicity-secretary-and-mp-for-petaling-jaya-utara

  3. umno pn tolak pengharaman judi jugak…jd kita ptut brsama dgn umno yg mana halalkn judi diseluruh negara n tinggal DAP yg cba comment kt 1 negeri shj?

    lgpn PAS haramkn judi thn 1990..bknnya bru2 ni…jd bnda ni dah lama n xspatutnya jadi isu. MCA pn minta dibenarkn judi di kelantan…ttpi knapa tidak dihighlightkn? umno yg halalkn judi bola dan sbgainya…knapa tidak dihighlightkn juga?

    saya branggapan tulisan ini agak bias dan mmpunyai kpntingan politik. jgn istilahkn politik dgn parti ya…

    maaf skiranya tulisan saya kelihatan sdikit emosi, sy cuma nk pnjelasan shj. jgn jadi musuh kpd kebenaran!

  4. nak bela DAP sebab dia PR.. itu jer pointnyer..
    muslim berprinsip tidak redha adanya perkara mungkar berlaku walaupun dalam keluarga sendiri.. UMNO ker DAP ker.. dah dosa namanya dosa juga..

  5. Oleh kerana DAP tu PR kira ok la dia buat macam tu?

    Itu la masalah orang kita, dah tak boleh nak beza mana politik, mana agama.

    Kira kalau kita tegur DAP itu sama ke maknanya kita suruh sokong UMNO? Apatah lagi artikel ini clear cut menyatakan kita semua kena sokong tindakan kerajaan PAS Kelantan.

    Jangan terlalu over-politicking sahabat, neraca kita Alquran dan Sunnah, bukan BN dan PR.

  6. Setuju Abu Humaira..neraca kita al-Quran dan Sunnah bukan BN dan PR..apabila salah membuat pertimbangan, maka neraca kita hanya diletakkan UMNO PAS, MCA DAP, maka tindakan dan kefahaman kita hanya menjurus kepada pendirian2 parti tersebut dalam sesuatu isu yang timbul. Kesilapan yang paling ketara parti politik hari ini dalam menakrifkan maslahah mengikut kepentingan mereka tanpa melihat maslahah yang thabit di dalam nas dan ijmak.

  7. Bagaimana dengan MCA yang telah memulakan saman ke atas Kerajaan Kelantan?
    kenapa hanya fokus pada DAP dan tidak pada MCA sama?

    double standard?

  8. Aduh…sibuk mengatakan orang lain politik kepartaian (tau nak bela PR bukan Islam)…sibuk mengatakan DAP ni tak berprinsip dan menunjukkan belang sebenar….sibuk mengatakan orang lain bercakap atas dasar emosi semata…mmg kena kondem jerla orang2 luar sana

    Knp orang luar sana kondem artikel/idea korang?….sifat daei tak terus cop orang sana adalah hopeless, jahil atau tak jelas, ttp daei akan assess diri mrk…adakah kerana dia tak mampu menyampaikan dengan kata2 yg baik lagi berhikmah maka orang lain reject…adakah idea kita tak menyeluruh dan menggambarkan keadilan islam maka orang lain disrespect.

    Kita toleran berpada-pada yer….adakah bila ada orang (kafir) nak bangkang, kita tak blh berdiskusi balik dengan baik (kena bersuara lantang dan keras ke?) dengan dia dan mengatakan orang yang bangkang tu takde hope, keji dan takde prinsip…apa ni…adakah mrk ni dah tutup pintu dialog?…ni ke sifat daei yg dilaung2kan

    Ambil link2 pun yg lama2…apa perkembangan terbaru takde linkkan pulak! orang bukan isma (husn zon) pulak yg menyampaikan mesej islam…skrg apa cerita judi ni? siapa yg terkinja2 nak bidas PAS?? apa ceritanya??? Abis MCA yg bidas bermatian2, smp berita smlm pun masih lagi keluar taknak ulas ke/atau masuk dlm ulasan ke? Abis kata DPM yg muslim taknak masukkan ke http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/08/dpm-says-gambling-legal-slams-pas/ …itu yg sy kata komen tu biar yg menyeluruh dan adil..org muslim tak payah bantai ke dalam hal ni…mrk2 tulah yg paling patut ditegur…patutnya tajuk: Pendirian muslim berhubung isu judi dedah kefahaman mereka akan Islam…amacam? ada berani??

    Sy nampak teori yg (dikatakan) dipelajari on tertib amal ie islahul hukumah pun mcam tak difahami dengan baik jer….sebaliknya macam nak kata biar je jatuh pemimpin2 yg baik2, bukan nak menolong. Ingat dengan PAS berdiri sendiri tanpa koalisi boleh menang ke kat malaysia ni…nak diletak step islahul hukumah tu dimana entahla…mungkin dirasakan PRU13 ni tak penting sgt PAS menang kerusi sbb yg penting laungan keras itu lebih penting…again maratib amal itu apa?? Daulah ni terbahagi pd 3 kategori…ahli isma mesti dah khatam semua ni kan

    Haa, sy pulak nak menyeru…cuba2lah baca pengomen pertama n kedua dengan hati yang bersih pulak…jgn pulak nak bela Ibn Sabturani sebab dia ahli isma (ambik quote al-aslami)…bukak sikit minda tu…Jangan terlalu over-politicking sahabat 🙂

  9. Allahuakbar…

    Ok, kalau begitu artikel itu yang perlu dibetulkan, jangan lupa sebut MCA sekali…sesudah itu adakah anda akan menerima perkara ini?

    Saya tetap tidak dapat bersangka baik dengan DAP. Atas hujah apa anda hendak bersangka baik dengan mereka? Lupakah apa yang dikatakan Karpal Singh? Politic is always in grey area…neither true friends nor true enemies…Anwar masa dalam gomen sapa yang duk lantang lawan dia, sekarang dah terbalik…

    Apakah matlamat untuk mengalahkan UMNO membolehkan sebarang cara dan matlamat..takpe salah salah DAP, dia kan kawan kita, kalau takde dia, mana nak mimpi Putarajaya tu…MCA tu yang wajib kena tibai,..macam tu ke?

    Takpe, DAP musuh Islam, kita dakwah lah elok2..UMNO buat pe nak dakwah…dasar sekuler…macam tu ke?

    Jangan over politicking sahabat…

  10. entah sape laa ahli isma antara pengomen2 ini? 🙂

    kalam saidina ali :
    “kita mengenali kebenaran itu kerana itulah kebenaran. bukan kerana kebenaran itu daripada mana2 individu” mafhum

  11. Subhanallah

    Again…suka mengecop dulu orang lain jer….again apa yg sy tulis di awal….orang sakit hati sbb cara penyampaian….nak kata MCA dan DAP katalah….no problem…the problem is HOW u say it…

    Snobbish betul…mcm yg tahu selok belok politik tu cuma ahli isma shj…sy rasa as sirr wal hazar tu ada pd semua penggerak Islam….sy bersangka baik bukan pd DAP….sy bersangka baik pd mukmin yg ikhlas berjuang kerana Allah….insyaallah mrk sentiasa memohon Allah memandu mrk….Kalau mrk tersasar, mrk itulah yg sy akan tegur dahulu…Persoalannya…adakah mrk tersasar…Rasa mrk tetap dgn pendirian mrk (please cari apa yg berlaku…benda tu kekal kan??)….tp yg sibuk kita ni nak bangkang orang kafir pulak…mcmlah ada hidayah yg datang dgn suara keras itu…

    Kalau nak konsisten sgt…yg ruling bible yg telah diOVERRULE balik oleh kerajaan apesal tak bising2…tulislah artikel on that….masuk MCA, DAP dlm ulasan tu….asal DAP-PAS jer kecoh…DAP. MCA dgn UMNO takde pulak….

    Itu maksud saya!

    Anwar dilawan dlm gomen sbb dia dah tersasar….sbb tulah umno terus ditegur, dulu kini dan harapnya tak selamanya….siapa sebenarnya yg dah terbalik???….konsisten jer sy nampak PAS…

    Mimpi putrajaya? nampak sgt u fail to see the point….sy nak anda tunjukkan contoh real kat malaysia satu parti blh menang sendiri tanpa koalisi dlm sejarah? Pernah ada orang tanya pd seorang syeikh…., boleh tak maratib amal dilompat dan pergi ke ahli politik utk ditarbiah dan skip terus utk sampai daulah…Apa jawapan syeikh yg wise itu: Haa tunjukkan contoh kat dunia yg boleh membuktikan itu possible, then sy jawab….So apa hujah abu humaira utk hal ni kalau mmg hebat dalam selok belok politik!

    Belajar politicking sahabat…

    p.s: saya bukan ahli pas, pkr mahupun dap…..sy nak islahul hukumah….itu shj

  12. Mmg sy buat blanket statement….

    Pastinya yg bersifat melawan tu bukan ahli isma (“orang bukan isma (husn zon) pulak yg menyampaikan mesej islam”)….ke nak mengaku dia ahli jugak?

    Sy tak cop siapa2 ahli isma….yg sy cop, bukan ahli isma….ke nak claim husn zon ahli isma yg kritikal 🙂 kalau iya, alhamdulillah….i like

  13. Sorry…Daulah itu terbahagi pd 3 komponen…bukan 3 kategori…..maaf atas kesilapan memilih perkataan

  14. Lepas ni admin kene amik semua nama yang berkait letak dalam satu artikel dari DAP sampailah MCA.. barulah adil, kalau x ada orang terasa nanti 🙂

    saya tidak nampak artikel ini untuk menghentam sesiapa, tetapi untuk kita berfikir untuk apa kita berjuang.. kalau ikut neraca politik sudah tentu yg berkepentingan dibela.. mari kita hukum guna neraca iman dan tauhid.. bukan nak jadi pakar poltik, hanya nak suara didengar, nak terima, terimalah jikalau tak nak tak apa..

  15. Aihhh…tak paham2 lagi…nak kata MCA dan DAP katalah….no problem…the problem is HOW u say it…

    terasa??? pleaselah jgn downgrade emotional stance orang lain…byk lg manusia di luar sana yg EQnya cukup stabil…sy bercakap on behalf of diri sy sbg saksi yg sy tak kisah nak sebut nama parti DAP@MCA@ apa shj….ada saya bela DAP ke? think not…cuma sy tak bersikap keras pd tmpt yg tak perlukan kekerasan…

    Are u objektif enuf dalam berdiskusi, i ask u? feels SO NOT…Balik2 pergi ke situ utk tutup pandangan yg diluar drpd topik yg dibawa…enuf said…moga isma mampu mengirshad mujtama’ dgn kemampuan pengolahan pandangan sendiri dan menerima pandangan luar dgn baik…

    Dakwah itu sejelas sinaran matahari…pelik (ghuraba’) itu hanya pd sifat pembawanya dgn manusia sekeliling bukan pd mesej dakwah itu yg sentiasa sesuai dgn fitrah naluri alam dan manusia…

  16. Assalamua’alaykum wbt,

    InshaAllah teruskan menulis, semoga org melayu islam hari ini dan masa depan, jelas yang hitam dan yang putih.

  17. TERAS DAN MAPIM DESAK MCA HENTIKAN POLITIK DANGKAL UNTUK TUNTUT JUDI SEBAGAI HAK ORANG BUKAN ISLAM.

    TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk tetap dengan pendiriannya tidak mengeluarkan lesen judi di negeri itu.

    Pengharaman premis yang menjual judi adalah kuasa negeri dan pihak kerajaan persekutuan tidak ada hak untuk memaksa kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman tersebut.

    Perbincangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bersama Ketua Pemudanya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa pimpinan MCA dengan pihak kerajaan negeri Kelantan tidak harus dijadikan tekanan politik untuk menundukkan Kelantan kepada desakan MCA.

    Pihak kerajaan negeri Kelantan yang telah diwakili oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub , Datuk Haji Anuar Tan Abdullah, Datuk Haji Takiyudin Hassan, Mohd Zaki Ibrahim dan lain-lain , bagi TERAS dan MAPIM telah menjelaskan isu ini dengan terang.

    Soalnya judi sebagai suatu yang jelas merosakkan masyarakat tidak sepatutnya menjadi isu tuntutan MCA yang perlu dilayani. Malah Chua Soi Lek sendiri mengatakan “tujuan MCA hanya mahu penjelasan dan menegaskan bahawa MCA juga tidak menggalakkan masyarakat Tionghua berjudi dan dinyatakan perjudian bukan budaya mereka. Apa yang ingin disampaikan ialah masyarakat Cina diberi hak sama ada nak berjudi atau tidak berjudi,” katanya.

    Jika MCA jujur bahawa judi bukan budaya orang Cina maka apa perlunya dibangkitkan bahawa ini adalah hak orang Cina untuk berjudi. Padahal mereka juga bersetuju bahawa ia mendatang keburukan kepada sosio-ekonomi masyarakat.

    Tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) terhadap peniaga yang menjual tiket loteri adalah betul kerana undang-undang yang telah ditetapkan sudah diketahui oleh mereka.

    TERAS dan MAPIM menegaskan bahawa MCA tidak bersikap jujur dalam tuntutannya kerana apa yang hendak dicapai oleh kebanyakan orang ramai ialah langkah mengharamkan judi adalah baik untuk semua , umat Islam dan bukan Islam.

    Jika benar MCA dan kerajaan pusat bersungguh untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis dan berbudaya sihat , pengharaman judi hendaklah dijadikan matlamat bersama dan tindakan Kerajaan Kelantan adalah contoh yang sepatutnya diikuti.

    TERAS dan MAPIM malah mendesak agar kerajaan persekutuan memberi kerjasama kepada negeri Kelantan supaya industri judi di Negara ini tidak dibenarkan ujud lagi.

    Mohd Azmi Abdul Hamid
    Presiden TERAS
    Setiausaha Agong MAPIM

  18. Pendapat Mat,

    -DAP yang dijadikan fokus dalam artikel sebab itu isu terbaru, sebab dia sahabat dalam PR, dan DAP pernah menentang Judi Bola seolah-olah tidak menyokong judi.

    -MCA dan UMNO memang dah terbukti meluluskan Judi Bola suatu ketika dahulu sebelum didesak oleh PR (termasuk DAP). X perlu nak hentam lagi UMNO dan MCA sebab sudah terang lagi bersuluh membenarkan Judi.

    -Kepada Ibn Sabturani, tulisan anda boleh diterima, cuma kurangkan ayat-ayat MENGECOP secara Qat’ie yang DAP tu sangat jahat (macam dalam tajuk artikel), tapi beri ruang untuk penulis menjawab sendiri fakta-fakta yang anda kemukakan.

    -Tinggalkan dalam bentuk persoalan, bukan mengecop kalau boleh 🙂

  19. udah2 la..
    point dlm tulisan ni adalah: DAP berbahaya. kita tau yg kafir x pernah redha dgn kita..so, kene hati2.
    saudara penulis x hentam PAS pun..cuba baca elok2..
    pointnye benar2 pasal DAP..mmg kne ada hubungan baik dgn mereka, tp bila dorang bunyik psl loteri ni..haa, kita tau la yg dorang ni sbnrnye xmo pun islam bertakhta kat Malaysia.
    tu je = simple.

  20. Melayu sepakat menentang UMNO, MCA, DAP, PKR dan menyokong hanya PAS dalam PRU ini insyAllah Islam akan Berdaulat.

    Jangan bergaduh.

    Pastikan undi anda adalah untuk parti Islam shj.

  21. abdullahteichou

    Mungkin nampak sedikit hipokrit bg pihak DAP . Tapi apa yg jelas bg kita ialah sebelum ketiga2 parti bergabung pun mereka sudah mengenali sikap & pendirian masing2 . Pergeseran & perselisihan pendapat sentiasa akan wujud . Bagi saya yg istimewanya bila mana sebuah parti yg dianggap ekstrim dalam menentang sistem Islam boleh & masih bersama dalam 1 pakatan . Pada pendapat saya ulasan ketua pengarang agak ‘double standard’ sedikit . Bukan DAP saja yg menentang tapi MCA , MIC bla…bla…etc . Malah yg lebih teruk ialah sikap UMNO sendiri . Pokoknya jika kerajaan pusat yg memerintah NEGARA awal2 dah mengharamkannya , tidak akan timbul masalah ‘ hipokrit ‘ seperti ini . Ketegasan melayu di pihak PAS jelas mengenai hal2 berkaitan Islam cuma masalahnya melayu di pihak umno . Dari dulu sampai sekarang mereka tidak pandai untuk menggunakan kuasa majoriti kerusi parlimen mereka . Istilah ‘ tumpang sekaki ‘ amat sinonim dengan mereka . Lebih baik & manis jika slogan ‘ Melayu sepakat , Islam berdaulat ‘ ditukarkan sahaja pada ‘ Ummah sepakat , Islam berdaulat ‘ . Ummah itu sendiri menjurus pada masyarakat Islam yang berbilang bangsa tidak kira majoriti atau minoriti & bebas dari unsur2 asabiyah .

  22. kenapa x kritik kerajaan MELAYU ISLAM yg meluluskan judi di msia?? Melayu Sepakat Islam Berdaulat

  23. Adnan..
    aik ? berkempen pulak ? hehe macam2 la.. 🙂 ok jer
    tapi Melayu sepakat PAS dan UMNO mendaulatkan Islam lagi ok kot.. pada saya la

  24. Kpd Mat dan Mak nenek…

    Baca komentar pertama dan kedua tak….baca komentar sy secara jelas tak….

    Malas dah sy nak teruskan komen, kalau tak boleh perhalusi dgn baik argumentasi orang lain

    mak nenek mmg sy perhatikan mcm pemikiran orang2 tua je bila bercakap w/pun ada yg kata dia tak tua mcm nenek pun dlm komentar2 thread lain

    Wslm
    p.s: TQ Mat Pulau atas saranan yg adil itu

  25. wahai si bijak..
    untuk pengetahuan encik bijak, saya x kisah dgn komen2 tu..
    sbb saya bukan mereka..dan saya bukan awak..
    lain orang, lain interpretasinya terhadap artikel ni.
    saya x nampak pulak artikel ni berat sebelah ke ape..
    yg saya nampak dr penyampaian tu: mmg betullah yg kafir xleh dipercayai dan xkan senang2 redha dengan undang2 islam.
    cuma mungkin dari segi penyampaiannya ada kurang…tegurlah dengan hemah.

    iyalah…nenek ni dah tua…fikrah islam pun x seberapa.
    nenek tertunggu2 org sampaikan islam kat nenek n kawan2 nenek..yg beribadah pun x betul sgt..
    tp nenek rs nenek xnak jumpa pendakwah macam encik bijak.
    sbb nenek takut nenek jd kecik hati bila org yg lagi bijak ckp nenek ni pk mcm org tua.
    jaga kalam anak muda..mungkin ada yg tertarik dengan pemikiranmu yg bijak..tp menolak mu krn kalam x cukup murni…

    slm.

  26. Pingback: Pendirian DAP berhubung isu judi dedah agenda sebenar mereka | ISMA Shah Alam

  27. umat Islam disarankan Husnuzzon,
    ya, husnuzzon, dan mereka selalu kelihatan Husnuzzon. Walau apa yg berlaku masih berhusnuzzon.. yg pelik dgn org Islam sendiri mereka susah untuk berHusnuzzon..

    mungkin mereka tahu perkataan arab “Husnuzzon” lebih dari “Ghurah Islamiah”, “Izzah Islamiah”, “Syaukah”.. dn berbagai lagi yg saya kira banyak pd bangsa arab dan Chehcya..

    saya perhati x ramai pendakwah yg menyebut tentang itu, kalau dahulu PAS, tapi bukan lagi sekarang. mungkin keberadaannya dlm PR agak menyebabkan mereka berhati-hati. mungkin ISMA boleh diharapkan mengisi kekosongan ini dalam masyarakat…

    semoga umat Islam menjadi umat yg saling melengkapi satu sama lain dan saling berkasih sayang
    🙂 salam dr bumi Anbiya

  28. Kepada bijak..bijak..jangan lekas emosi..teruskan kebijaksanaan anda untuk terus buat komentar. Komentar seperti itu akan mematangkan lagi penulisan-penulisan seperti ini. Mungkin di Malaysia ini taasub kepada hizbiyyah parti) lebih kepada kaumiyyah (bangsa) menyebabkan ada yang terlebih dalam memberi persepsi sebuah artikel.

  29. Wahai IKHWAN MUSLIMIN….
    mari kita tengok hukum judi dari islam. hukum haram judi bukannya dari PAS tp asal dari Allah yang maha Esa. kalau betul kita beriman dgn Allah, Malaikat, Al-Quran, Rasul, Kiamat dan Qada’ Qadar. kenapa harus kita membela orang yang tidak mahu menerima hukum tersebut. hatta klu Pas sendiri pun yang membenarkan judi maka seharusnya kita semua menentangnya. As-Syahid Iman Hassan Al-Banna ada menyebut kalau ada jemaah yang ingin membawa dasar mengikut al-quran dan as-sunnah maka kita ikhwan muslimin mengalukan dan menyokong mereka. jd jangan kita duk bincang isu ini dalam kontek politik sedangkan ianya melibatkan maruah islam yang dicabar. kita jgn lupa musuh islam akan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan islam di muka bumi ini. jd kita jangan sesekali redha orang2 yang akan mencemari agama islam yang suci ini. Allahu Akbar Nasaluka Ridhaka wal Jannah.

  30. salam..
    saya tidak pasti adakah para pengomen di atas pernah terlibat secara langsung dalam memerhatikan cara pihak bukan Islam bersatu padu untuk kepentingan dunia mereka melalui eksploitasi ummat Islam di Malaysia…

    contoh mudah.. mungkin kita tidak perasan, di sebalik perbezaan pihak bukan Islam dalam soal kepartaian, mereka bersatu di balik tabir – melalui NGO-NGO bangsa mereka, masing-masing memperjuangkan agenda bangsa mereka semata-mata.. Mereka tetap akan meletakkan wakil, satu di pihak pembangkang, satu di pihak kerajaan.. untuk memastikan, walau sesiapa memerintah ada yang akan terus memperjuangkan permintaan mereka..

    dan sudah tentu.. adakah mereka ini kisah akan menegakkan hukum Allah di Malaysia? sudah tentu tidak.. tidak kira lah mereka ini pembangkang atau di pihak kerajaan….

    pernahkan anda berada dalam diskusi bagaimana mereka cuba mengubah perlembagaan yang mendaulatkan Islam sebagai rasmi?
    pernahkah anda berada dalam diskusi yang mana mereka akan cuba memenangkan hak bangsa mereka dengan memasukkan pengaruh luar dari Barat?
    pernahkah anda membaca kes-kes mahkamah yang sengaja ditimbulkan untuk mengacah-acah ummat Islam? isu kalimah Allah (walau dari segi hukum adalah khilaf ulama’, tetapi tuntutan sebenar mereka yang bukan Islam di mahkamah adalah supaya Allah di-generic-kan .. maksudnya Tuhan yang kita sembah selepas ini boleh jadi Allah Murugan.. boleh jadi Allah Jesus.. boleh jadi Allah Buddha?) isu peguam bukan Islam membuat tuntutan menjadi peguam syariat… dan pelbagai lagi..

    awas lah… sunnatullah.. bukti dalam sirah, tertera dalam sepanjang sejarah pertembungan pihak bukan Islam dengan pihak Islam… mereka akan sentiasa boleh bersatu-padu walau sejarak mana perbezaan mereka, asalkan boleh gabung menjatuhkan Islam (ingat.. bukan nak jatuhkan PAS atau UMNO.. tapi jatuhkan Islam)..

    Yahudi yang sentiasa meremehkan Arab Kaffir Quraisy, sanggup pula bersekongkol dengan mereka dalam Perang Khandak/Ahzab bagi menghancurkan tentera mukminin….

    Tentera Axis (Paksi) dan Bersekutu, di depan seolah bermusuhan, di belakang – bersama-sama mencarik-carik dan meratah khilafah Islam…

    Wujudkan istilah Kafir Zimmi di Malaysia sedangkan Malaysia bukan pun negara Islam lagi? Dan tahukah anda Kafir Zimmi itu terlakluk dan harus tunduk kepada perjanjian dengan pemerintah Islam, dan tidak boleh menuntut itu ini sesuka hati, lagi-lagi dalam soal menggangu hukum-hukum Islam… Jadi kalau mereka boleh persoalkan itu ini, minta tawar menawar hukum Islam.. mereka ini sah bukan Zimmi…. Adakah mereka ini telah menandatangani persetujuan atau berkontrak sepanjang generasi untuk tidak mengganggu gugat kedudukan Islam? Belum lagi..

    mengapa masih kita hendak berpecah atas soal remeh?

    baiklah, penyokong PAS teruskan menyokong PAS.. didiklah para penyokong memahami Islam sebenarnya, beraqidah yang sahih, mengamalkan akhlak Islam sepatutnya, beribadah dengan syariat murni tanpa bida’ah… laksanakan amar ma’ruf nahi mungkar sebenarnya.. teruskan perjuangan anda.. kami menyokong.. di mana tempat kami berada ada calon PAS.. kami sokong…

    baiklah, penyokong UMNO pula.. teruskan menyokong UMNO… ramai penyokong UMNO di luar sana bukanlah golongan korup seperti setengah golongan yang dari kalangan kumpulan itu.. mereka pak cik mak cik yang tak ter-enlighten, mereka bersolat dan beribadah sebagai seorang Muslim sebenar.. berakhlak dengan akhlak yang baik selari dengan Islam.. mengamalkan budaya nasihat menasihatkan…. sokonglah UMNO mengikut sefahaman mereka bahawa UMNO adalah partai terbaik di mata mereka..

    Yang pasti, kita mahukan.. biarlah wakil ADUN majoriti di kalangan ummat Islam.. mudharat adalah lebih besar sekiranya kita menyangka si kafir lebih baik daripda muslim yang membuat maksiat.. Apakah maksiat yang lebih besar dari mensyirikkan Allah? Apakah kekafirannya menjadikan dia lebih adil daripada Muslim walaupun dia bermaksiat?

    wahai ummat Islam di Malaysia.. sepakat lah.. walau anda tidak mungkin berperpaduan sebagai 1 parti.. sepakat lah pada perkara yang membawa manfaat kepada Islam.. saling perbetulkan dengan berhikmah untuk perkara yang tidak benar.. dan saling berlapang dadalah di atas perkara yang tidak salah di sisi Islam, tetapi sekadar perbezaan rasa dan pendapat….

    jika anda tidak boleh membetulkan orang-orang di atas awangan sana.. perbetulkan 18 juta rakyat yang ramai itu… beri mereka kefahaman.. salah satu faktor dulunya khilafah Islam mampu bertahan lama melebihi tempoh segala tamadun lain di dunia – adalah – walau ada pemimpinnya korup, masyarakatnya masih rapat dengan iman, masih mendidik antara satu sama lain, ulama mengambil peranan berhikmah menjaga masyarakat daripada ditembusi jahiliyah, ancaman ideologi luar dan lain-lain… selagi mana rakyat mencintai Islam dan menegakkannya.. insya Allah tertegaklah Islam di luar sana…

    P/S: Ikhwan di Mesir walau ada peluang besar untuk menjadi leading political party, tidak terhegeh-hegeh terus ingin sapu semua kerusi, dan jawatan di Parlimen. .melainkan mereka merasakan ada lagi langkah-langkah yang perlu diteliti sebelum terus menjadi pihak pemerintah mutlak..

  31. wahai ummat Islam di Malaysia.. sepakat lah.. walau anda tidak mungkin berperpaduan sebagai 1 parti.. sepakat lah pada perkara yang membawa manfaat kepada Islam..

    —> hurm itulah…knp tak diseru umno utk bersama2 menyokong pas…patutnya itu yg ditonjolkan dalam segala penulisan ini…unless dah rasa benda ni dah settle (Melayu sepakat) dan orang kafir durjana ni dah mencabar kita….artikel ini patutnya secara keseluruhannya menyeru itu (Melayu bersepakatlah), bukan letak di hujung2 perenggan lepas dah naikkan emosi benci pd orang kafir tu

    ada pulak tu kata….

    mari kita tengok hukum judi dari islam. hukum haram judi bukannya dari PAS tp asal dari Allah yang maha Esa. kalau betul kita beriman dgn Allah, Malaikat, Al-Quran, Rasul, Kiamat dan Qada’ Qadar. kenapa harus kita membela orang yang tidak mahu menerima hukum tersebut.

    —–> ini negara islam ke? opppsss silap….daulah islamiyah dlm maratib amal ke….dah yakin smp sini dah ke?? tong arak dipecahkan oleh umat Islam masa bila? Kalau faham point sy ni, takyah dah nak beretorik:

    Ikhwan di Mesir walau ada peluang besar untuk menjadi leading political party, tidak terhegeh-hegeh terus ingin sapu semua kerusi, dan jawatan di Parlimen. .melainkan mereka merasakan ada lagi langkah-langkah yang perlu diteliti sebelum terus menjadi pihak pemerintah mutlak..

    —-> dah sedia maklum dah knp….sbb maratib amallah….

    Pelik2
    p.s: takpelah nenek….sy komen utk mrk2 yg nak berfikir…apalagi utk mrk yg nak comparekan dgn notes yg mrk dapat daripada program2 tarbiyah mrk

  32. lebih baik perincikan keburukan/kemudharatan judi dan sebarkan pada awam terutamanya yg minat judi.kalau asyik kutuk/serang orang berjudi/ mempertahankan judi tak kemana dakwah ni.Sesetengah pemimpin yg mempertahankan judi ,mereka lihat ada manfaat,maka di pertahankanlah judi tu,mereka tak tahu keburukan judi amat besar.jadi sebarkan kemudharatan judi…

  33. YELAH… JELAS ALLAH MELARANG KITA JADIKAN KAFIR AULIYA’.. TP NAK JUGAK 🙂 ANALOGI YG PLG MUDH, KITA NK PEGI JIHAD DI MEDAN PERANG, NK TEGAKKAN KALIMAH ALLAH, BOLEH PULAK DIKALANGAN SOF NYA ORG YG SYIRIKKAN ALLAH 🙂 LPAS TU, NK JUGK JADIKAN MEREKA PANGLIMA PERANG? HIK3.. BUKA MATA, BUKA HATI.. RAMAI JE YG CINA,INDIA MUSLIM, BOLEH JE GILAPKN JADI PMIMPIN YG BLH MWAKILI CINA N INDIA,KAN KE ISLAM TU SYUMUL, KNAPE NK JUGAK BERPANGLIMAKAN KARPAL SING YG DIRAGUKAN KEIKHLASANNYA YG TLH PUN DITERJEMAH MLALUI LISANNYA? dah di sudut hatinya pun menolak Allah sbgai tuhan, nk jugak jd kwn dia? hak3, pastu marah pulak bila org nk tegur pmimpin kafir dy… hi3. dh org tolak printh allah, kita tegur la, bkn kita nk jaga agenda syaiton. kita punya risalah yg pelu dipikul. jgn la asek bermain politik, take it seriusly bebeh!

  34. asek2 umno-pas-dap-mca. mcmla kita nk sgt umno-mca meng.. kita takut ja,kuasa org islam skrg lmh.. bila kita brpecah2, makin la lemah.. bkn kita nk umno trus merintah, tp kita nk pas sedar, xtahu la knapa, smata2 nk tumbgkn umno, sggup kwn dap. dahla dap xmalu2 nafi kwibawaan undg2 islam. skurg2nya, sejahil2 pmimpin umno, mereka xakan berani nk kata scara terangan bhawa hukum islam xrelevan, sbb dia msh muslim dan ada rasa malu. kalu org kafir plak,dia nk malu apa, hentah2 dia pulak berdalil ‘agamamu adalah agamamu, agamaku agamaku’ hik2.. sbb tula org mlayu yg asobiyah pas n umno ni kne balik smula, kejasama, nasihat2, bincg, atau plg minimum, pas bergerak sndiri. ni tidak, boleh pulah anak didik pas skrg tnpa sgan silu promote DAP 😀 ada apa pada DAP??? HIK3

  35. 2 kumpulan islam di malaysia
    1) ada yang sangat suka berkawan dengan musuh islam (yg jelas dari segi pendirian) dan masih mengharap daripada musuh mereka ini untuk perjuangkan hak mereka sambil melibas dan mencantas mereka yang kacau musuh mereka ini hatta orang islam sendiri, walaupun hak2 mereka (islam) dikorbankan di hadapan mereka sendiri
    2) ada yang masih memberi harapan kepada orang islam yang zalim dan keliru untuk perjuangkan hak mereka dengan perbincangan, background usaha dan doa serta menghalang daripada musuh islam untuk mengganggu hak mereka (ie islam) sambil mengajak semua umat islam bersatu pertahankan hak mereka
    Anda berada di golongan mana? In the end, umat islam (sebutan:kita) memperjudikan hak kita di tangan musuh2 islam atas dasar asoboyyah politik. Asobiyyah melayu tidak dibenarkan tetapi asobiyyah politik “halal” pula. Aduhai Bangsaku 🙁 Bangkitlah dan sepakatlah….

  36. “atau plg minimum, pas bergerak sndiri.”

    Amacam? kita seru PAS dgn UMNO tinggalkan kumpulan2 mrk dan berdiri sendiri….mesti hebat ni kalau pandangan berwawasan dan genius dr ahmad ni menjadi….wowww 🙂 satu lipatan sejarah kalau mrk dpt buat camtu di malaysia even di dunia kot…..knp sy tak terfikir camni….one in a million idea…

    cuma satu sy nak tegur…get u facts straight dulu sebelum bercakap…cara berfikir dah bernas dah. HIK3

    p.s: ahmad ni yg bertanya antara pengomen2 ni mana satu pengomen isma tu kan?

  37. Tak semudah itu untuk saudara Ahmad komen pendirian PAS untuk bersama DAP n PKR.Mustahil ulama’-ulama’ Pas x tahu hukum,strategi dan apa-apa yg berkaitan mengenai hal itu.memang lah mereka tu bukan islam.Tapi bagaimana islam mengajar kita cara bermuamalah dengan bukan islam dalam semua aspek kehidupan.Perkara itu telah di perincikan oleh Majlis syura dan dewan ulama’ Pas.Lebih baik persoalkan isu itu pada pas pusat dan minta mereka jawab.semua akan dapat faedah.

  38. @abu aseeyah….sy rasa ada kumpulan islam yg ketiga…..haaa fikirkan apakah dia rupanya…

    Jgn totok hitam putih jer….

  39. Bukan hendak politikkan isu ini. Tpai lihatlah.. Dalam Barisan.. UMNO yang mengepalai semua. MCA dibawah. Tapi dalam pakatan, DAP/PKR jd kepala.. PAS dibawah. Sehingga di Selangor, Isu Arak pun Pas x mampu melawan keluasaan DAP / PKR lakhnatullah. Kawan respek kalau DAP ade menuruti segala apa yang ditentukan oleh PAS.. Kawan harap Kita sesama islam sedar.. DAP/MCA/PKR/GERAKAN/MIC dan parti bukan islam lain.. mereka cuma bertelagah mase PRU je. tapi di belakang, Tangan mereka bersalaman bila melihat UMNO PAS bertelagah setiap masa.. Sedarlah. Anda kutuk UMNO, Anda kutuk PAS.. mananya anda menghina ISLAM. Bukan semua org UMNO dan Bukan semua orang PAS itu teruk. cuma segelintir sahaja. Harap Saudara sesama Islam sedar akan hal ini..

  40. Assalamualaikum.

    “Kepada pihak-pihak terbabit, janganlah melihat isu ini dari perspektif politik sempit semata-mata. Sepatutnya apa sahaja ruang untuk melaksanakan syariat Islam walau sekelumit perlu disokong. Jika benar tindakan menguatkuasakan larangan tersebut tidak bertepatan dengan undang-undang, maka biarlah orang bukan Islam yang mengemukakan bantahan. Kalau tak bersetuju pun, diam itu lebih baik daripada berkata-kata”.

    1.Sebab tu kena masuk politik. Kalau NGO, tak mampu nak ubah undang-undang tu. Orang Melayu Islam dah lama kuasai Parlimen, tapi masih tak mampu bersepakat untuk haramkan segala bentuk judi. Sebab politik kepartianlah tu.

    2. Minta banyakkan cross reference, supaya kenyataan yang dibuat terhadap pihak lain adalah sahih sebagai fakta, bukan berbaur andaian atau tuduhan(melampau). Itulah adab penulisan.

    “Isu ini juga sebenarnya akan dapat dijadikan kayu ukur sokongan orang-orang bukan Islam di Kelantan terhadap kerajaan PAS di sana.”

    3. Jangan bersangka buruk terhadap orang bukan Islam di Kelantan ya. Buatlah/tunjukkan kajian statistik dulu,barulah persoalkan pendirian orang bukan Islam di Kelantan tu. Orang kafir walaupun ramai kat sini dok kata ‘kuffar durjana’ dan sebagainya, mereka sistematik dalam penyampaian. Ada fakta, kemudian ulas. Kita menulis tanpa mempersembahkan fakta(sumber pertama/kedua). Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap perkara yang tidak kita tahu? Bukan untuk mematikan semangat menulis, tetapi untuk menggalakkan penulisan yang lebih berdisiplin.

    Saya terbuka menerima apa-apa pendapat jika bukti, rujukan sahih ditunjukkan. Saya tak suka analisis tanpa lampiran bukti, kerana itu hanyalah indoktrinasi.

    Semoga terus menulis:)

  41. Salam.Saya kurang senang dngan tulisan di atas kerna 1-Menari ikut rentak UMNO.UMNO yg timbulkan isu tu kerna agenda yg sedia maklum 2-DAP sdang berkawan dngan PAS,Terlalu agresif dgn mereka boleh mencaretkan/ mncacatkan hubungan mereka dlm pakatan. 3-Yg melampau nya MCA. 4-Masyarakat cina umumnya x mengaku judi itu budaya mereka. 5-Memang kita bencikan kufur,tapi bagaimana uslub berdepan dgn mereka dlm knteks kita d m’sia ni yg mana mereka dah brakar umbi, nak halau mereka ? …Kekadang kejahatan umno mnyebabkan mereka cuba bangkit.Menuntut hak suatu yg fitrah bagi sesiapa pun.keadilan islam boleh meredakan tuntutan mereka tapi mereka di jauhkan dr memahami islam tulen. Skarang dah ramai bukan islam mempertahankan kecantikan islam, mungkinkah mereka ada agenda lain ? ok lah kita tengok zahir saja dulu, dalam pada tu kita tetap kena berhati-hati.Sesetengah ikhwah begitu senang mmpercayai slogan yg diwar warkan ,cthnya PAS hanya boneka/Pas x dpat buat apa/DAP n PKR jadi kepala ,benarkan macam tu ?. kita ni selalu tertipu dgn berita yg di momok momk kan.Akhbar memang bahaya. sejak tahun 80an dulu lagi PAS mengisytiharkan akhbar UTUSAN (@ BERITA HARIAN-lupa) adalah lidah rasmi syaitan. Hati-hatilah semua.

  42. apakah kamu membelah dadanya? soalan ini pernah ditanya nabi kepada sahabatnya yang membunuh seorang bukan islam kerana diacukan pedang dan ketika itu ia ingin mengucap syahadah, tapi sahabat membunuhnya kerana berkata ia ingin Islam kerana takutkan pedang.

    jd soalan ana…. Apakah anda membelah dada mereka lalu anda telah tahu isi hati sebenar mereka? fikir2kn

  43. hadis nabi “ALKUFRU MILLATUN WAHIDAH..” kafir itu anutannya satu (w.pun berbilang agama)” fikir2kanlah…

  44. Salam..

    Saya di sini tidak menyalahkan sesiapa di sini kerana masing-masing berhujah untuk menyampaikan kebenaran dari sudut pemikiran masing-masing. Lain orang, lain pandangannya. Setiap orang tak dapat lari dari ralat dalam penulisan, kata-kata atau tindakan. Kerana manusia tak pernah sempurna. Dan sebab itulah kita disuruh saling berpesan ke arah kebaikan dan kebenaran. Alangkah indahnya iman ini, bila pendapat orang lain tidak selari dengan pendapat kita, kita bentangkan hujah kita dengan kata-kata yang hikmah supaya dengan sentuhan kata-kata hikmah itu dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama muslim.

    “Buang yang keruh, ambil yang jernih”

    Ambil pengajaran yang ada dalam penulisan/kata, yang kurang kita tambah lagi supaya menjadi sempurna. Manusia tak pernah sempurna.

  45. hati-hatilah menghentam DAP dlm web rasmi isma ini. anda nampak muda dan belum masa untuk mengulas bagai orang matang. sejak dulu DAP sentiasa negatif pd mata org Melayu, tuduh apa sahaja, org akan percaya. mengutuk DAP, juga terpalit pengutuk PR. orang isma juga biasa mengutuk PAS dn PKR, apa lagi DAP ye…….ada dua piihan sahaja..batil atau hak…..tiada yg perfek..tetapi mana yg lebih kearah yg hak?

  46. ya betul, Isma sangat marah dengan DAP berbanding pd UMNO dan sekutunya. Marah DAP, iaitu kawan pd PAS dn PKR, maka selongkar segala kelemahan PAS dn PKR. Saya percaya isma jauh disudut hati menolak BN, tetapi dlm masa sama menolak PR. Pd Isma, dua2 ni ( PR dn BN tak betul), yang betul ialah Isma. Mana NGO yg sokong PR, akn dicop oleh isma sebagai NGO yg tak betul. Isma memang mula tunjuk minat dalam politik, tetapi cara Isma berpolitik dgn serang PR dn BN, jadi apakah isma nak sendirian, mahu jd spt PKS di Indonesia? isma langsung tiada kekuatan dlm kancah politik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *