Pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selamat

CHRISTCHURCH, 22 Februari - Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat selepas satu gempa bumi berukuran 6.3 Skala Richter menggegarkan bandar Christchurch hari ini.

Bencana ini telah mengganggu saluran komunikasi, justeru menyukarkan perhubungan dengan rakyat Malaysia di sana.

Namun laporan yang telah disampaikan oleh wakil ISMA New Zealand mengesahkan keadaan semua pelajar Malaysia selamat.

Kesan gempa bumi kali ini lebih teruk berbanding kejadian pada tahun lepas meskipun tahap kekuatannya hampir sama. Banyak bangunan runtuh, kemungkinan besar disebabkan oleh strukturnya yang goyah selepas kejadian gempa bumi terdahulu.

Menurut laporan, 65 orang sudah disahkan mati dan masih ramai lagi yang belum ditemui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>