Kenyataan Ikhwan Muslimin Berkenaan Peristiwa Besar Jumaat 4/2/2011M

بيان من الإخوان المسلمين حول أحداث الجمعة العظيمة 4/2/2011م

إننا لنعتز كل الاعتزاز بالشعب المصرى العظيم الذى خرج منذ يوم الثلاثاء 25/1/2011م ليضرب للعالم كله أعظم الأمثلة في تاريخ الشعوب مقدمًا الدماء والأرواح ثمنًا لانتزاع حريته وكرامته وحقوقه في اختيار ممثليه وحكامه وسياسته، ويأتى اليوم الجمعة العظيم في ذروة الأيام المشهودة حيث خرج ما يزيد على 7 ملايين مصرى ومصرية في القاهرة والمحافظات ينادون بمطالب عادلة مشروعة يأتي على قمتها تغيير النظام وتنحىي رئيسه؛ الأمر الذى يعد استفتاءً شعبيًّا مباشرًا، ولقد قام الجيش المصري الشامخ بحماية المتظاهرين سلميًّا ضد كل صور الإرهاب والبلطجة، وهذا هو عهدنا به دائمًا وما نأمله منه في المستقبل.

Kami merakamkan perasaan bangga kami dengan kehebatan rakyat Mesir yang telah keluar semenjak 25/01/2011 sebagai satu teladan kepada dunia seluruhnya sepanjang sejarah manusia, membuktikan kesanggupan mengorbankan darah dan nyawa mereka menuntut kebebasan, kehormatan dan hak mereka untuk memilih wakil dan kerajaan. Kemudian tiba pula Jumaat menjadi kemuncak hari yang dijanjikan, menyaksikan lebih 7 juta rakyat Mesir yang keluar di Kaherah dan negeri-negeri lain. Mereka keluar menuntut keadilan yang sah, yang hanya terjamin dengan perlucutan kuasa regim sedia ada dan juga pemerintahnya. Ia sekaligus menjadi referendum langsung menyatakan hasrat rakyat. Di sisi kami juga pihak tentera yang bertindak menjaga keamanan demonstrasi rakyat daripada gangguan dan keganasan. Keamanan yang kita semua berjanji setia atasnya dan didambakan di masa depan.

إن الإخوان المسلمين يؤكدون على ما سبق أن أعلنوه بأنهم ليسوا طلاب سلطة، ولا منصب ولا جاه، ومن ثم فلن يرشحوا أحدًا منهم للرئاسة، ولن يزاحموا أحدًا وإنما هم هيئة إسلامية جامعة تعمل على تحقيق الإصلاح الشامل في جميع المجالات السياسية والاقتصادية والاجتماعية بكل وسائل التغيير السلمي الشعبي المتدرج، وتسعى لاستعادة الشعب لسيادته وحقوقه وتحترم إرادته واختياراته، كما أنهم صمام أمن للاستقرار والبناء والتقدم، ويتصدون على الدوام للفوضى والهدم والفساد والتخلف، كل ذلك من منطلق إسلامى ووطنى، وليعلم الجميع أن مصرنا في قلوبنا وعيوننا نفديها بأرواحنا وأولادنا، ولقد نذرنا أنفسنا منذ ثمانين عامًا لحمايتها وخدمة أهلها.

Ikhwan Muslimin ingin menegaskan lagi sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini, bahawa mereka bukanlah penuntut kuasa, jawatan dan kemegahan. Mereka bahkan tidak akan mencalonkan diri untuk jawatan Presiden atau merebutnya daripada sesiapa. Mereka adalah sebuah pertubuhan Islam yang menuntut reformasi menyeluruh di semua bidang politk, ekonomi dan sosial secara aman dan berperingkat. Ikhwan juga berusaha mengembalikan kedaulatan dan hak rakyat di samping menghormati aspirasi dan pilihan mereka. Menuntut keharmonian untuk kestabilan, pembangunan dan kemajuan, selama-lamanya menentang kekacauan, kehancuran, kerosakan dan kemunduran. Semua ini dalam rangka perspektif Islam dan semangat patriotik. Kami iklankan kepada semua bahawa Mesir tetap di dalam hati nurani kami, kami sanggup korbankan apa sahaja deminya bahkan kami telah pun pertaruhkan segalanya selama 80 tahun untuk melindungi dan menjaga rakyatnya.

ومن ثم فإننا نقبل الحوار إذا كان جادًا منتجًا مخلصًا يبتغي المصلحة العليا للوطن شريطة أن يتم في مناخ يحقق إرادة الجماهير ومطالبها، وأن يكون حوارًا متكافئًا بهدف التوافق حول طريقة الخروج من الأزمة العنيفة التي أوصلنا إليها النظام، وعلى أن يبدأ النظام في الاستجابة لمطالب الجماهير، وبمشاركة جميع الأحزاب والقوى السياسية والشعبية، وإعلان ذلك في إطار وثيقة تحدد كل الخطوات الزمنية لتنفيذها.

Oleh yang demikian, kami menerima dialog selagimana ia serius, berkesan dan ikhlas bertujuan kemaslahatan terbaik untuk negara, dengan syarat berada di dalam lingkungan memenuhi tuntutan dan hasrat massa.  Ia juga semestinya hiwar semua pihak yang dikira setaraf berobjektifkan kesepakatan mencari penyelesaian kepada krisis yang dihadapkan kepada kita oleh pemerintah yang mestilah juga bersedia untuk menyahut segala tuntutan massa. Dialog ini juga mestilah merupakan penyertaan dari semua kumpulan, parti politik dan pertubuhan massa di samping ia juga perlulah diiklankan serta didokumenkan menghuraikan semua langkah serta tempoh perlaksanaan.

ونود في هذا الإطار أن نذكر من يقف ضد إرادة الناس بأن الأمة هي مصدر السلطات، وأن الشرعية الشعبية واجبة الاحترام، وأن المصلحة العليا للوطن يجب أن تكون بحق فوق كل مصالح الأشخاص وخاصة هؤلاء الذين ظلموا الناس وأرهبوهم واعتدوا على حرمات المواطنين عبر سنين طويلة

(وَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ)

وقى الله مصر وأهلها من كيد الكائدين وظلم الظالمين

(وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُون)

Dalam hal ini, kami juga mengingatkan bagi pihak yang menentang kehendak rakyat, bahawa sumber kuasa yang sebenar adalah pada tangan rakyat, kesahan kuasa mereka perlulah dihormati. Kemaslahatan rakyat perlulah mengatasi segala kehendak individu, apatah lagi bagi mereka yang telah bertahun-tahun menzalimi, mengancam serta mencabul kerhomatan rakyat (Janganlah kamu menyangka Allah lalai daripada apa yang dilakukan oleh golongan penzalim).

Allah melindungi Mesir dah rakyatnya daripada sebarang perancangan jahat dan kezaliman para penindas. (Dan Allah sangat berkuasa dalam tindakanNya, namun ramai manusia yang tidak mengetahui).

الإخوان المسلمون

القاهرة في: 1 من ربيع الأول 1432هـ الموافق 4 فبراير 2011م

===========

Ikhwanul Muslimin

Cairo: 1 Rabi’ul Awwal 1432H bersamaan 4 Februari 2011M

===========

Diterjemahkan oleh:
Media ISMA
Sumber: Ikhwan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>