Ikhwan Mesir tubuh “Parti Kebebasan & Keadilan”

Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohd Badi’ umum tubuh parti politik.

Maktab Irsyad (JK Pusat) Ikhwan Mulimin Mesir memutuskan untuk menubuhkan parti politik “Parti Kebebasan dan Keadilan” sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Mesir yang bakal diadalah dalam tempoh selewat-lewatnya 6 bulan dari sekarang, menurut kenyataan Majlis Tertinggi Tentera yang memerintah Mesir sekarang. Keputusan ini diumumkan oleh Mursyid Am (Presiden)nya, Dr Mohd Badi’ kepada sidang akhbar.

Kata beliau, keputusan ini bukanlah baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut. Jelas beliau, penubuhan parti politik ini juga adalah sebagai menyambut harapan dan semangat umat Mesir sendiri ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang.

Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut. Keahlian parti ini adalah terbuka kepada semua rakyat Mesir yang bersedia untuk program dan taklimat pimpinan parti berkenaan.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

One thought on “Ikhwan Mesir tubuh “Parti Kebebasan & Keadilan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>