Melayu Sepakat, Islam Berdaulat

Melayu, Melayu, Melayu,
Melayu itu bangsaku,
Melayu itu bangsa ibu ayahku,
Melayu itu bangsa nenek moyangku,
Sekali lahirku Melayu,
Selamanya aku Melayu.

Dahulu bangsaku dijulang,
Bukan kerana musuhnya yang dicincang,
Bukan juga kerana masyhurnya yang dicanang,
Tetapi kerana Islam yang dipegang,
Syariat agama yang dijadikan tunjang,
Megah Laksamana, kata dikenang,
Di atas dunia, takkan kau hilang.

Tapi kini mengapa kelam,
Wajah bangsaku semakin suram,
Di lautan globalisasi terus karam,
Bagai mentari yang kian terbenam,
Bagai senja menanti malam.

Ayuhlah bangsaku, bulatkan tekad,
Kembalikan maruah kita yang kian tenat,
Dengan azam, dengan semangat,
Kerana islam, persaudaraan kita ikat,
Berpeganglah dengan kata azimat,
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat.

Tulisan: Muhammad Nor Hanafi bin Sarif,
Pelajar Tahun 3,
Kejuruteraan Mekanikal, Korea University,
ISMA Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>