Kem Motivasi Anak Soleh terap nilai-nilai akhlak islami

KOTA BHARU, 9 Disember Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Kelantan telah menganjurkan satu program Kem Motivasi Anak Soleh.

Bertempat di Masjid Al-Hakim, Tanjung Chat, program selama 3 hari ini disertai oleh kira-kira 15 orang peserta lelaki dan 23 orang peserta perempuan yang berusia dalam lingkungan 13-16 tahun.

Objektif program ini dilaksanakan ialah untuk mengisi masa lapang para pelajar yang sedang bercuti sekolah disamping menerapkan dan mempertajamkan lagi nilai-nilai akhlak islami dalam diri pelajar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program dan peserta-peserta kelihatan ceria dan begitu bersemangat sekali. Malam Kebudayaan Islam juga turut diadakan bagi mengasah bakat para pelajar bernasyid, berdikir dan pentomen yang bertemakan Islam.

Program ini  di bawah seliaan Ustaz Zaidi Muji, Bendahari ISMA Kelantan dan isteri serta dibantu oleh 5 orang fasilitator lelaki dan 12 orang fasilitator perempuan.

Sumber: Laman Web ISMA Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>