Ikhwan boikot Pilihanraya Mesir pusingan ke-2

Penipuan dalam pilihanraya di negara-negara umat Islam menguntungkan Kuasa-kuasa Besar Dunia secara langsung dan tidak langsung yang sentiasa memusuhi Islam.

Setelah penipuan dan gengsterisma terang-terangan berlaku dalam Pilihanraya Parlimen pusingan 01 pada Ahad 28.11.2010 yang lalu, gerakan Ikhwan Muslimin memboikot pusingan ke-02 pada Ahad 5.12.2011 ini. Dari pengalaman pilihanraya kali ini dapat dirumuskan bahawa:

Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohd Badie ketika mengumumkan keputusan memboikot Pilihanraya peringkat 02 semalam.

  1. Objektif utama penyertaan Ikhwan di dalam Pilihanraya telah tercapai iaitu meniup semangat yang positif ke dalam jiwa masyarakat di Mesir untuk bersama-sama terlibat menentukan masa depan Islam dan negara. Sesungguhnya ketidakesahan dan kekecewaan adalah 2 penyakit yang besar yang menghinggapi banyak umat Islam yang mesti dibenteras.
  2. Menarik mandat rejim yang sedang bermaharajalela di Mesir ketika ini dari pemberi mandat yang hakiki iaitu umat itu sendiri. Dengan penipuan yang telah dilakukan dan pemboikotan Umat terhadapnya, bererti ia tiada lagi mempunyai mandat hakiki, dan Dewan Parlimen 2010-2015 tidak lagi mewakili dan mencerminkan kehendak rakyat itu sendiri. Dengan kata lain, regim yang ada di penggal selepas ini adalah perampas kuasa, menipu hasrat dan pilihan umat dan berterusan dalam kediktatoran dan membuat kerosakan di muka bumi.
  3. Regim yang tidak dipilih dan diboikot adalah regim yang semakin terpencil dari rakyatnya.
  4. Pemboikotan kali ini tidak bermakna lari dari prinsip penglibatan dalam pilihanraya secara umum atau di masa akan datang. Pilihanraya adalah sebahagian dari wasilah dan manhaj Dakwah.
  5. Penipuan yang berlaku juga jelas menguntungkan agenda musuh-musuh Islam terutamanya Kuasa-kuasa Besar yang tidak mahu pemimpin Umat menjalankan agenda Umat sebaliknya menjalankan agenda mereka secara terterusan. Begitu juga regim yang terpencil dari umatnya akan melemahkan negara dan mudah diserang oleh musuh seperti kekalahan Iraq di bawah diktator Saddam Hussein oleh tentera Amerika.

Kita berdoa kepada Allah agar Dia membaiki keadaan umat ini ke arah penghayatan Islam yang sejati, memilih dari kalangan mereka pemimpin yang merahmati mereka dan takut kepadaNya serta menguatkan azam dan saff gerakan Islam untuk merubah kehinaan umat ke arah keagungan. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>