40 mahasiswa sertai Klinik Al-Qur’an anjuran ISMA India

Bangalore, 13 November – Seramai 40 orang pelajar perubatan International Medical  School Bangalore (IMS Bangalore) telah menyertai program Klinik Al-Qur’an anjuran ISMA India. Program Klinik Al-Qur’an yang menjadi sebahagian daripada Program Sinar Al-Qur’an ini telah dikendalikan oleh Ustaz Jauhar Al-Hafiz, wakil dari ISMA yang diterbangkan khas ke Bangalore.

Program bermula seawal 9 pagi di surau IMS. Seramai 10 orang pelajar lelaki telah menyertai sesi pagi ini. Sesi talaqi ini berjalan selama 2 jam. Sesi untuk pelajar perempuan pula diadakan bermula 1 petang. Rata-rata peserta amat berpuas hati kerana mereka dapat membetulkan bacaan Al-Qur’an daripada ustaz yang bertauliah.

Sebelum itu pada 12 November, Ustaz Jauhar telah menyampaikan kuliah ulum Al-Qur’an. Di dalam kuliah ini beliau telah menyentuh tentang sejarah-sejarah perkembangan Al-Qur’an bermula dari turunnya Al-Qur’an, kepada pembukuan, kepada evolusi penulisan, kemunculan tafsir dan cara bacaan yang pelbagai. Sesi ini telah disertai seramai 80 orang pelajar perubatan IMS Bangalore.

Sumber: Blog ISMA India

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>