“We Love Solat” ajar remaja solat kerana bersyukur

Bandar Baru Bangi, 29 Ogos – Kelab Remaja ISMA Daearah Hulu Langat (KRIM DHL) dengan kerjasama Surau al-Islah, Taman Kajang Mewah telah menganjurkan Program Remaja dan Ramadhan: We Love Solat selama 2 hari 1 malam.

Seramai 37 peserta remaja menyertai program ini untuk memperbaiki solat mereka di samping mempelajari ilmu baru mengenai solat yang disampaikan oleh Ustaz Yazis dan Ustaz Rizal.

Ustaz Yazis dalam slot Menghayati Solat Baginda S.A.W. berkata, “Ramai yang masih melakukan kesalahan dalam menunaikan solat  tetapi mereka tidak menyedarinya.”

Program berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Surau al-Islah, Ustaz Anwar Fakhri Bin Omar. Yang di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat (ISMA DHL), Ustaz Annuar Salleh yang turut menghadiri majlis penutup menegaskan dalam ucapan beliau, “Solat itu adalah tanda syukur hamba kepada Penciptanya atas segala kurniaan yang telah diberikan kepada hambaNya.”

“Program yang bagus seperti ini harus diadakan setiap tahun,” tambah Pengerusi Surau al-Islah, Ustaz Anwar Fakhri dalam ucapannya semasa majlis penutup.

Sumber: Blog ISMA Daerah Hulu Langat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>