“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” diumum slogan baru ISMA

Bangi, 1 Ogos Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Yang Dipertua cawangan-cawangan seluruh negara telah memutuskan ungkapan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” sebagai slogan baru pertubuhan, dalam satu muzakarah yang berlangsung di ibu pejabat ISMA pada hari ini.

Slogan baru ini mengungkapkan aspirasi ISMA yang melihat keperluan mendesak umat Melayu Islam di negara ini agar segera menyedari bahaya ancaman terhadap jatidiri dan masa depan mereka akibat serangan pemikiran di era globalisasi kini. Perkara ini bertambah buruk lagi akibat percakaran antara parti-parti politik Melayu hingga melupakan kepentingan bersama yang perlu dipertahankan dan diperjuangkan.

“Orang-orang Melayu berpecah kerana tiada satu agenda perjuangan yang menghimpunkan dan memandu mereka”, tegas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>