Kempen Derma Kilat untuk mangsa banjir di Pakistan

Beberapa minggu kebelakangan ini, kita digemparkan dengan bencana banjir besar yang melanda Pakistan di mana dianggarkan satu perlima daripada kawasan tanah negara itu mengalami impaknya. Banyak kerosakan dan kemusnahan yang mereka alami.

Lebih 2,000 orang terkorban setakat ini dengan hampir sejuta tempat tinggal musnah atau rosak teruk. PBB menaksirkan lebih 20 juta penduduk dan lebih 160,000 kilometer persegi kawasan yang terkesan akibat daripada musibah ini, melebihi jumlah mangsa tsunami pada tahun 2004 di Lautan Hindi, gempa bumi di Kashmir pada tahun 2010 dan gempa bumi di Haiti tahun ini.

Sebagai tanda keprihatinan, Sekretariat Dakwah & Sosial ISMA dengan kerjasama ISMAWeb telah melancarkan kempen derma kilat bagi meringankan ujian yang menimpa mangsa-mangsa banjir di Pakistan. Sehubungan dengan itu, segala sumbangan kewangan daripada para dermawan bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia, 562218201823 (Maybank). Sila maklumkan setiap sumbangan kepada mediaisma@gmail.com.

ISMAWeb mendoakan agar saudara-saudara kita di sana dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini, lebih-lebih lagi dalam menghadapi bulan Ramadhan kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *