Kunjungan hormat ISMA ke Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan

Seoul, 24 Jun ISMA diwakili oleh Sekretariat Perhubungan Luar Negara (SEKTAR) ISMA, Saudara Mohd Khousaini Mohd Naim telah melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan bersempena kedatangan beliau untuk Program Jalinan Ukhuwwah Musim Panas 2010. Lawatan rasmi ini juga disertai oleh seramai 3 orang wakil pelajar daripada Korea islamic Malaysian Students Association (KiMS).

Perjumpaan selama satu jam bersama Encik Hanisan bin Hashim Abdullah, Kaunselor Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Seoul telah banyak membincangkan beberapa isu semasa terutamanya berkaitan perkembangan prestasi pelajar Malaysia di sini.

Encik Hanisan yang sudah berkhidmat hampir 3 tahun di Korea Selatan banyak berkongsi pengalaman berkaitan perkembangan pelajar-pelajar Malaysia di sini.  Pertemuan seketika ini diakhiri dengan sesi fotografi dengan Encik Hanisan serta bersama pembantu beliau, Norani Md. Hassan. Sehubungan dengan kunjungan rasmi ini, beliau mengambil peluang tersebut mengingatkan supaya para pelajar memberi fokus kepada prestasi pelajaran mereka. Selain itu, beliau menggalakkan para pelajar agar bergiat aktif berpersatuan dalam membina sahsiah diri. Saudara Khousaini juga mengambil peluang berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi pelajar di Australia dahulu.

Encik Hanisan (tengah) bersama Saudara Khousaini dan wakil-wakil KiMS.

Sesi pada tengah hari diikuti dengan perjumpaan bersama Encik Shukri bin Hj. Abdullah Sani. Beliau merupakan kaunselor di Kedutaan Besar Malaysia, Seoul dan juga  penasihat kepada Kelab Umno Korea Selatan (KUK). Perkongsian bersama Encik Shukri lebih kepada pembangunan generasi harapan yang diimpikan oleh negara kita. Selaku wakil ISMA, Saudara Khousaini cuba memperjelaskan pendekatan ISMA dalam menangani masalah-masalah sosial yang sering dikait dengan para pelajar kita terutamanya yang beragama Islam.

Encik Shukri juga bersetuju dalam menangani masalah-masalah  sosial pelajar perlu bermula dengan didikan individu itu sendiri. ISMA juga akur dalam permasalahan ini sepertimana yang diingatkan kepada kita oleh Imam Hasan Al-Banna bahawa marhalah permulaan kita dalam mengembalikan keagungan Islam perlu bermula dengan pengislahan individu Muslim.

3 thoughts on “Kunjungan hormat ISMA ke Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan

  1. salam, saya ingin ke korea pada bulan jun dan membawa adik yang sakit buah pinggang, saya ingin mendapat bantuan dimana adanya mesin cuci darah untuk adik saya kesana dalam seminggu pada bulan jun kalau dapat 2 hari untuk cuci darah, terima kasih sekiranya tuan dapat membantu saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>