Kempen Derma Kilat untuk aktivis ISMA Sarawak

Seorang aktivis ISMA di Sarawak, Saudara Nuraizam bin Idris telah terlibat dalam satu kemalangan pada 18 Julai 2010 yang lepas dan kini sedang terlantar di Hospital Umum Sarawak. Keadaan beliau dilaporkan agak kritikal setelah mengalami patah di bahagian paha.  Saudara Nuraizam merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sebagai tanda keprihatinan, ISMAWeb telah melancarkan kempen derma kilat bagi meringankan ujian yang menimpa beliau dan keluarga. Sehubungan dengan itu, segala sumbangan kewangan daripada para dermawan bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia, 562218201823 (Maybank). Sila maklumkan setiap sumbangan kepada mediaisma@gmail.com.

ISMAWeb mendoakan agar Saudara Nuraizam dan seluruh keluarga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini. Didoakan juga semoga beliau akan segera sembuh dan dapat meneruskan amal-amal dakwah dengan lebih bersemangat insya Allah.

Saudara Nuraizam boleh dihubungi di talian 013-8254023 atau 013-8073201.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *