Jaulah to Fayyoum (J2F) mengajar makna iman

Tanta, 8 Julai – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) Cawangan Tanta telah menganjurkan rehlah ke Fayyoum di bawah anjuran Unit Dakwah & Kebajikan dan Unit Sukan & Aktiviti Luar.  Rehlah ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di peringkat muhafazah dengan kehadiran peserta yang mencecah 45 orang.

Rehlah satu hari ini bertujuan untuk menjejaki kesan sejarah di Tasik Qarun serta merapatkan ukhuwwah di kalangan peserta di samping mendapatkan ketenangan dan kerehatan selepas musim peperiksaan. Dengan tema ‘Eksplorasi Iman’ yang dibawa khas oleh penganjur, Pengarah J2F, saudara Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly telah menyampaikan ucapannya yang mengajak peserta untuk menjadikan rehlah ini sebagai tempat untuk mengeksplorasi iman mereka dalam jaulah yang sangat bermakna ini.  Saudara Mohd Nur Ihsan Shamsuddin telah memulakan tugas beliau sebagai Kem Komandan @ Chief bagi menguruskan secara keseluruhan perjalanan rehlah ini.

Dengan kehadiran rombongan ISMA-Eropah (United Kingdom, Ireland, Republik Czech) yang diketuai oleh saudara Mohd Iqbal Mohd Tahir, ia sekaligus menjadikan program ini lebih bermakna dan meriah kerana banyak perkongsian yang boleh diambil dari pengalaman-pengalaman mereka di negara barat. MedicMesir (Tanta) juga tidak ketinggalan untuk menghantar beberapa ahlinya yang diketuai oleh saudara Ahmad Samhan Awang untuk menyertai jaulah ke Fayyoum ini.

Peserta berkumpul pada pukul 6 pagi di Darul Rasyid, sekaligus memulakan majlis perasmian bagi J2F. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh saudara Mohd Fuad Zaki Hisham selaku Ketua Perhubungan ISMA (Tanta). Peserta bertolak dari Siberbay dengan menaiki bas pelancong pada kira-kira pukul 7 pagi. Sarapan pagi dihidangkan di dalam bas.

Destinasi pertama adalah Istana Qarun. Peserta hanya sempat mengambil beberapa gambar dari luar kerana harga tiket yang tidak berbaloi untuk memasuki Istana Qarun yang hanya berupa rumah kecil itu. Destinasi selepas itu adalah Wadi Rayyan, tempat di mana terdapatnya satu-satunya air terjun di Mesir. Para peserta bermain satu permainan ‘Pijak Belon’ dan ia telah dijuarai oleh saudara Idrun Nafis dari MedicMesir. Kemudian para peserta melakukan aktiviti bebas, termasuk bermandi-manda di tasik Wadi Rayyan dan air terjun di situ.

Pada pukul 2.30 petang, para peserta dibawa ke Tasik Qarun dan bergambar di sana. Selepas itu, mereka dibawa ke Ain Silin, tempat di mana terletaknya ‘Syurga Buah-buahan’ dan Mata Air Siliin. Di situ, makanan tengahari diberikan kepada para peserta, dengan lauk ayam masak merah dan nasi tomato yang disediakan oleh AJK Makanan, yang diketuai oleh saudara Ishak Azmin.

Selepas selesai makan tengahari, para peserta berkumpul seketika untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh saudara Ahmad Rusydi Jamaluddin. Tazkirah beliau berkisar Qarun dan bagaimana dia boleh menjadi sombong dan bongkak. Saudara Rusydi menekankan aspek muhasabah dalam tazkirahnya, di mana beliau berkata sekiranya Qarun pernah bermuhasabah, sudah pasti dia tidak akan menjadi begitu. Beliau juga memberikan beberapa makna-makna tarbawi (yang mendidik) dalam kisah Qarun tersebut.

Seterusnya, peserta pergi ke tempat mata air Ain Siiliin dan bergambar bersama. Kemudian mereka pergi ke salah satu taman buah-buahan di situ untuk membeli mangga dan bergambar. Pada pukul 5.40 petang, para peserta dibawa ke Kincir Air Nabi Yusuf A.S yang terletak tidak jauh dari Ain Siiliin tersebut. Pihak penganjur juga telah memberikan sedikit sebanyak gambaran ringkas mengenai kisah kincir air tersebut dan bagaimana bijaknya Yusuf A.S dalam menyelesaikan masalah rakyat pada ketika itu.

Selepas selesai sesi bergambar, para peserta dibawa pulang menuju ke Tanta pada kira-kira pukul 6.30 petang. Majli penutup telah disempurnakan di dalam bas. Pihak penganjur telah menjemput wakil daripada ISMA-Eropah (saudara Mohd Iqbal Mohd Tahir), dan MedicMesir (saudara Ahmad Samhan Awang) dan satu-satunya peserta dari Kuliyah Quran (saudara Mohd Faiz Mokhtar) untuk menyampaikan ucapan masing-masing berkenaan rehlah tersebut. Semua peserta merakamkan terima kasih dan tahniah kepada penganjur atas usaha mereka dalam rehlah ini.

Sumber: Laman Web ISMA-Mesir Cawangan Tanta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>