Baby Hatch bukan penyelesaian gejala buang bayi

Biro Wanita ISMA secara dasarnya amat bersetuju dengan inisiatif Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang dilaksanakan oleh  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta OphanCARE bagi menangani gejala pembuangan bayi yang semakin serius pada hari ini. Bayi-bayi yang dipelihara sementara itu hendaklah  diserahkan kepada ibu bapa angkat mengikut agamanya.

Walau bagaimanapun, Biro Wanita ISMA berpandangan bahawa usaha yang dilakukan oleh KPWKM menerusi Baby Hatch tersebut bukanlah penyelesaian kepada masalah yang wujud hari ini. Apa yang dilakukan itu hanyalah sebahagian daripada jawapan kepada penyakit mental golongan yang tidak waras yang sanggup membuang bayi sendiri.

Dalam hal ini,  kerajaan hendaklah mengenakan tindakan yang tegas kepada pasangan yang melakukan zina dan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Hukuman sebat ke atas pasangan zina yang belum berkahwin  dan rejam kepada pasangan yang telah berkahwin seperti yang dianjurkan oleh syariat Islam adalah jawapan yang paling tegas bagi menangani isu yang tidak pernah berkesudahan ini.

Dalam waktu yang sama, usaha menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja, belia dan pekerja kilang tentang ajaran Islam yang syumul hendaklah dilipatgandakan. Peranan ini adalah tanggungjawab bersama di antara pihak kerajaan, jabatan agama, masjid, NGO-NGO Islam, sekolah dan agensi-agensi Islam yang lain. Tanggungjawab berdakwah bukan sahaja diperintahkan kepada non-muslim sahaja, malah kepada masyarakat Islam sendiri. Masyarakat Islam adalah golongan yang lebih utama untuk para pendakwah menyampaikan Islam. Ini kerana mereka adalah golongan yang telah beragama Islam tetapi lemah kefahamannya terhadap Islam.

Peranan media massa, samada bercetak atau elektronik sebagai agen pembentukan keperibadian individu dan masyarakat juga tidak harus dikesampingkan. Kerosakan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh media massa yang terlalu mempromosikan fahaman sekularisme, budaya hedonisme dan dorongan untuk hidup berfoya-foya. Justeru itu, para petugas media massa hendaklah memiliki akauntabiliti dan lebih tanggungjawab. Pada masa yang sama, para pengguna terutama ibu bapa hendaklah lebih bijaksana dalam memilih dan memantau siaran yang ditonton oleh anak-anak.

ISMA melalui berbagai-bagai agensinya sentiasa berusaha untuk membantu kerajaan menangani isu-isu sosial yang melanda masyarakat Melayu di Malaysia.  Berpegang kepada motto ‘Mencegah Lebih Baik Dari Merawat’, ISMA melalui agensi wanita, belia, remaja dan kanak-kanak cuba mendekati setiap lapisan mesyarakat dengan mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. ISMA menyediakan pelbagai program pembangunan diri dan rohani bagi memastikan ahli-ahlinya dan juga masyarakat tidak terjebak ke lembah yang hina itu.

Biro Wanita ISMA


Berikut adalah petikan daripada Berita Harian Online berkenaan pelancaran Baby Hatch baru-baru ini:

Pertubuhan Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch, tempat perlindungan bayi ‘tidak dikehendaki’ ibu bapa pertama di Kampung Tunku, Petaling Jaya

KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk mempercepatkan proses pendakwaan terhadap mereka yang disabitkan kesalahan membuang bayi dan penderaan kanak-kanak.

Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata cadangan itu antara langkah terbaik untuk memastikan mereka yang disiasat segera dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum, sekali gus menjadi pengajaran kepada rakyat.

“Sekarang pun kementerian mendapat kerjasama polis untuk mempercepatkan siasatan,” katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat dan Hari Keluarga Parlimen Kota Raja di sini, semalam.

Terbaru, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai menanam mayat bayi lelaki berhampiran landasan kereta api Stesen Komuter Padang Jawa, di sini, Sabtu lalu direman empat hari, mulai kelmarin. Turut direman, kakaknya yang berusia 24 tahun kerana disyaki bersubahat.

Pada majlis berasingan di ibu negara, Shahrizat berkata, lelaki yang melarikan diri kerana enggan bertanggungjawab selepas menghamilkan wanita tidak terlepas daripada undang-undang.

“Sudah terlalu lama wanita saja dipersalahkan dalam kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi tetapi lelaki melarikan diri. Saya memberi amaran kepada bapa ghaib ini mereka tidak akan terlepas,” katanya selepas majlis perasmian Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) serta pelancaran Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini, yang pertama di Malaysia.

Perasmian itu disempurnakan Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Shahrizat berkata, beliau tidak menyangka Baby Hatch perlu diwujudkan di Malaysia kerana negara memiliki kerajaan yang bertanggungjawab serta rakyat penyayang.

Beliau turut menegaskan kewujudan Baby Hatch tidak bertujuan menggalakkan kes kehamilan luar nikah, sebaliknya menyelamatkan bayi dibuang ibu bapa yang tidak menghendaki mereka.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata Baby Hatch yang beroperasi 24 jam adalah pilihan terakhir kepada bayi tidak dikehendaki yang menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Beroperasi selama 24 jam, beliau berkata, sesiapa saja datang ke OrphanCARE dan meletakkan bayi di tempat yang dikhaskan.

18 thoughts on “Baby Hatch bukan penyelesaian gejala buang bayi

  1. Salam. Saya ingin menjadi salah seorag dari ibu angkat kepad seorang bayi yg telah ditinggalkan oleh bapa si bayi megikut berita haran hari ini. jika ianya masih baru, saya harap bolehlah kiranya pihak ‘baby hatch’ memberi sy peluang menjaga baby yg lain. Saya dan suami sudah berkahwin lebih dari 5 tahun. sampai skrg kami tidak dpt anak hasil uaha kami slama ini. Kami mahukan anak perempuan kalau boleh. Saya harapkan belas kasihan pd sesiapa yg baca msg ini. 0123586113

  2. Salam Puan Nisa
    Kami mengucapkan terima kasih di atas kiriman puan tersebut. Kami juga turut bersimpati di atas apa yang berlaku kepada puan. Menurut pandangan kami, puan boleh terus menghubungi pihak ophancare yang menyediakan baby hatch tersebut dan puan boleh mendaftar kepada mereka sebagai salah seorang individu yang berhajat untuk memelihara anak yang diterima di ophancare tersebut. Puan juga boleh menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Malaysia yang terdekat untuk menyatakan hasrat puan yang murni itu. Sama-sama kita doakan semuga usaha puan untuk memperolehi cahayamata di makbulkan Allah Taala.

    Sekian terima kasih

  3. salam.saya juga ingin sangat mengambil anak angkat.saya sudah berkawin selama thn.pelbagai cara tradisional dan moden telah dilakukan tp masin tidak berhasilsaya amat berharap babay hatch dapat membantu saya.012-2264272

  4. sy dan tunang telah terlanjur..dan kini sy hamil..dan dijangka bersalin pada 28 sep 2010..kami ingin m’hantar bayi ke baby hatch utk dipelihara tp kami tidak mahu serahkan nya kepada keluarga angkat..ini kerana thn hdpan kami akn berkahwin dan ingin mengambil bayi semula.bolehkah kami serahkan bayi kpd baby hatch utk dijg dalam masa setahun..???

  5. 1) Saya nasihatkan agar Nur bertaubat dengan taubat nasuha, iaitu menyesal atas zina yang telah dilakukan, berhenti daripada mendekati zina seperti keluar berdua dengan tunang tanpa mahram bersama, dan tidak mengulangi zina itu.
    2) Tahun hadapan belum tentu kita masih hidup, belum tentu kita akan berkahwin.. oleh itu insaflah.
    3) Tentang khidmat Baby Hatch, saudari boleh hubungi sendiri pihak berkenaan.
    4) Khidmat Baby Hatch hanya menyelesaikan masalah penjagaan bayi, tapi tidak menyelesaikan masalah hambatan dosa selagi tidak bertaubat nasuha.

  6. Salam Puan Aini. Kami bersimpati di atas apa yang berlaku kepada puan. Menurut pandangan kami, puan boleh terus menghubungi pihak ophancare yang menyediakan baby hatch tersebut dan puan boleh mendaftar kepada mereka sebagai salah seorang individu yang berhajat untuk memelihara anak yang diterima di ophancare tersebut. Puan juga boleh menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Malaysia yang terdekat untuk menyatakan hasrat puan yang murni itu. Sama-sama kita doakan semuga usaha puan untuk memperolehi cahayamata dimakbulkan Allah Taala.

  7. Kepada Nur, saudari boleh terus menghubungi pihak Ophancare yang menyediakan khidmat Baby Hatch tersebut. Nasihat kami agar saudari dan tunang segerakan perkahwinan dan lebih penting lagi segeralah bertaubat kpd Allah.

  8. Bagaimana dengan dokumen kanak2 yang diletakkan di babyhatch? Apakah kanak2 itu akan mendapat mykid kerana ketiadaan dokumen daripada ibu bapa kandungnya?

  9. sy sudah selamat melahirkan seorg baby boy..dan telah diserahkan kepada keluarga angkat..saya sedikit terkilan dengan pihak orphan care kerana apa yang berlaku selepas anak saya diserahkan tidak sama dengan apa yang dijanji..sampai sekarang,sudah 5bulan saya masih tak dapat bertemu anak saya..sekalipun sy dah terlanjur,tidak patut saya dihukum begini.samapi sekarang saya masih terasa kehilangan anak saya..tiada ibu yang tak sayangkan anak..saya selalu m’hubungi pihak orphan care untuk menanya khabar ank saya dgn keluarga angkat,tp jwpn nya mengececakan..saya ada meminta gambar terbaru anak saya,mereka hanya bgtau nanti..adakah untuk email 1 keping gambar mengambil mase sampai 2bulan..saya tak kisah andai mereka tak bagi saya berjumpa anak saya,tapi tolongla faham dapat melihat gambar terbaru anak saya pon dah mencukupi..tolongla faham saya..hanya gambar..saya juga ade hati dan perasaan..

  10. Kepada nur.atin,

    adakah puan merasakan seorang baby itu seperti anak kucing yang boleh diberi dan diminta kembali seperti itu sahaja? sekiranya sayangkan anak, saya pasti puan tidak memberinya at first place. No offence, tapi puan telah berlaku kejam kepada keluarga angkat baby puan sekrang. Puan terlanjur, dan puan bertaubat… saya simpati pada apa yang telah berlaku. Ketika pasangan puan, dan keluarga puan mengambil keputusan untuk menyerahkan bayi itu, puan harus berfikir panjang.

    Baby Hatch bukan satu tempat untuk setiap ibu bapa melarikan diri dari tanggungjawab masing-masing. Puan pernah bergelar baby. kalau dulu Puan dibuang dah diserah ke kanan-ke kiri, bagaimana agaknya perasaan puan?

    Saya harap puan tidak salahpan pihak baby hatch. Baby Hatch centre baru beroperasi, dan banyak urusan untuk menguruskan bayi. Kalau puan seorang tidak mampu menjaga seorang bayi, bagaimana puan boleh fikir ada ramai orang untuk menjaga bayi puan?

    Kalau puan ada hati dan perasaan, sila fikirkan Ibu angkat, pihak pengurusan baby hatch, bayi puan, pembaca laman ini juga punya hati dan perasaan.

  11. saya bersetuju alissa, sy pernah jumpe sendri dgn budak 2thn yg ditempatkan di rumah jagaan JKM..kesian sgt,bagaimana mereka dihimpunkan setempat hanya di jaga oleh pengasuh bukan ibubapa sendri. duduk di situ sampai besar. tunggu untuk dibesarkan namun tanpa kasih & sayang. amat menyedihkan tiada tempat bergantung,menangis minta dikasihi tp dibuang oleh ibu bapa sendri yg lari dr tanggungjawab. naluri keibuaan sy xdpt nk digambarkan keadaan sebenar nnye melihat anak yang dibuang ibu bapa sendri oleh kerana mereka sumbing & anak luar nikah. sedih!!

  12. salam…saya berhasrat utk memiliki anak angkat..bagaimana utk mendapatkan anak angkat dan berapa kos..sya sudah 3 tahun kahwin dan tidak mempunyai anak.saya harap ada yg sudi membantu saya..019-2650902

  13. salam admin.sy sudah berkawin selama 4 thn dh penah menjalani operated ovari cyst.telah bermacam2 rawatn tradisional dan jugak rwatn spital termasuk rwtn iui.sy ingin mengambil anak dr baby hatch ni utk d jdkn anak angkat..harap dpt pihak baby hatch membantu sy.0173729554

  14. Salam Admin,

    Saya berminat untuk membantu sekira pihak Baby Hatch memerlukan khidmat sukarelawan. Baby Hatch adalah buah fikiran yang bernas bagi memberi harapan untuk bayi2 ini memperoleh kehidupan yang lebih baik. Harap lebih banyak rumah2 Baby Hatch dibuka bg membantu lebih banyak bayi…Amin

  15. Assalamualaikum.. kpada sesiapa yg berkenaan. Saya berpendapat memang baby hatch bkan jalan penyelesaian kepada masalah pembuangan yg amat2 berleluasa sekarang tapi ini salah satu cara utk menyelamatkan bayi2 yg x bersalah ni. Saya mmg sayangkan kanak2 dan ingin membantu menjadi sukarelawan di pusat2 jagaan baby hatch ni.. Ada cara untuk saya bersama2 membantu, sila hubungi saya.

  16. assalamualaikum,saya nor dari pahang.saya sudah berkahwin 4 thn lebih..tapi masih tidak mempunyai anak sendiri.saya berharap pihak baby hatch memberi peluang untuk saya mengambil anak angkat..harap pihak baby hatch dapat membantu saya..saya tidak kisah akan jantina bayi.asalkan bayi sihat.0139274184

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>