Perihal pertembungan politik di Malaysia terhadap orang Melayu (Siri 4)

Dominasi Politik Di Tanah Melayu

Peranan kuasa politik di Tanah Melayu secara umumnya telah dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dari luar Semenanjung.

Kedah dibuka dan diperintah oleh Rajendra Chole dari India. Kemudian ia telah bertukar tangan kepada orang India juga iaitu Chandra Banu.

Parameswara dari Palembang telah membuka Melaka selepas mengambil Singapura dari tangan Siam. Portugis pada awal abad ke-16 telah meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

Kesultanan Melaka telah memerintah selama 110 tahun bermula dengan Parameswara. Pada tahun 1511 Portugis telah menawan Melaka dan memerintah selama 130 tahun. Belanda menewaskan Portugis di Melaka pada tahun 1641. Belanda menyerahkan Melaka pada 1824 kepada Syarikat Hindia Timur.

Johor dan Singapura telah dipimpin oleh Siam. Kemudian ia telah diperintah oleh orang Bugis yang juga memerintah Selangor, Perak dan Pahang.

Apabila orang Inggeris membeli Singapura dari Sultan Johor dan Melaka bertukar tangan penjajahan kekuasaan Melayu di Nusantara menjadi lemah.

Portugis telah menawan Melaka. Belanda telah menawan Melaka dari Portugis. Belanda pula telah menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Seolah-olah Melaka itu dipunyai oleh mereka. Apakah yang mereka kuasai dan punyai kalau bukan kekayaan yang dirompak-rompak.

British telah memasukkan orang-orang Cina dan India lalu memberi kerakyatan. Seolah-olah tanah Melayu ini milik mereka. Apakah yang mereka kuasai dan punyai kalau bukan kekayaan yang dirompak-rompak.

POLITIK PRA-KEMERDEKAAN MALAYSIA

Penjajahan British di Tanah Melayu adalah juga di atas sebab politik, ekonomi dan agama. Bahkan empayar British telah menguasai seluruh Amerika Utara, Afrika barat dari utara hingga ke selatan, Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara serta Australia.

Isu utama politik Tanah Melayu sepanjang penjajahan semenjak 1511 lagi adalah pembebasan melalui samada pemberontakan mahupun perundingan. Orang Melayu pada masa itu, merasa tertekan apabila berhadapan dengan tekanan serampang dua mata iaitu terhadap penjajah sebagai orang asing dan juga kaum-kaum pendatang yang asing yang didatangkan oleh penjajah.

Kita tidak boleh lari dari membincangkan kehebatan penentangan oleh tokoh-tokoh seperti Mat Kilau di Pahang, Datuk Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terangganu. Walaupun kebanyakan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan.

Pemberontakan bersenjata terhadap British juga dilakukan secara terus terang oleh Parti Komunis Malaya. Pihak British telah mendapat modal politik yang baru di Malaysia untuk duduk lebih lama, dengan membantu Malaysia melawan komunisme. Komunisme juga mendapat tentangan di seluruh dunia ketikamana dunia sedang berhadapan dengan kebangkitan ekonomi kapitalisme.

SEJARAH  POLITIK MALAYSIA MODEN

Malaysia sebagai sebuah negara ditubuhkan pada 1963. Sebelum itu koloni British di Semenanjung yang dinamakan Malayan Union (ditubuhkan 1 April 1946) telah dimansuhkan pada tahun 1948 dan dinamakan semula sebgai Persekutuan Tanah Melayu. Singapura, Sarawak dan Borneo Utara bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Dalam tahun 1965 Singapura dan Brunei telah menarik diri.

Sejarah Penubuhan UMNO

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah Pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Sejarah Penubuhan PAS

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, gerakan penubuhan PAS telah bermula sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu. Pergerakan reformasi khususnya di Mesir, telah dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad ke-19. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu di mana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini pada awal abad ke-20.

Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Parti Kebangsaan Melayu Se-Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggungjawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948.

Hasil dari desakan Dato’ Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengharamkan Hizbul Muslimin dan menangkap pemimpin- emimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato’ Onn sebagai Red Islamic yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai “Bahaya Dari Gunong” kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.

Selepas parti Islam ini dilumpuhkan oleh British melalui Ordinan Darurat 1948, sebahagian ulama Hizbul Muslimin menyertai Bahagian Agama Umno.

Asal Usul Nama PAS

Selepas persidangan ulama anjuran Umno ini, para ulama bersidang kali kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 dan menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya. Ketika Persatuan Ulama Se-Malaya bersidang tanpa pengaruh Umno di Butterworth pada 24 November 1951, nama persatuan ini ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS setelah menyedari sikap Umno yang terlalu menjaga kepentingan British, tidak peka terhadap aqidah umat Islam, mengamalkan perkara yang diharamkan seperti judi, fun fair dan kaberet.

Di Sebalik Rundingan Kemerdekaan

Syarat paling utama dalam rundingan kemerdekaan dengan British adalah perpaduan antara kaum. Community Liason Committee (CLC) telah ditubuhkan pada Januari 1949.

Hasil rundingan UMNO-CLC:

  • Syarat kerakyatan Persekutuan dilong­garkan.
  • Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran.
  • Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
  • Pilihanraya akan diadakan di peringkat majlis bandaran, negeri, dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

Nota: Pada waktu itu  kaum Cina Dan India masih lagi berstatus pendatang dan belum diberi kerakyatan. Pemberian kerakyatan adalah isu yang besar disebabkan landskap politik dan sosial Malaysia akan menjadi berbeza selama-lamanya, apabila pendatang itu mempunyai anak cucu sperti sekarang bila mana mereka tidak boleh lagi digelar pendatang. Kepelbagaian bangsa tidak boleh diungkit-ungkit lagi selepas itu sehingga hari ini dan selama-lamanya.

Pihak penjajah telah mengetahui kesan percaturan ini dan mereka adalah penyebab kepada implikasi berkekalan pada struktur dan ideologi politik kemudiannya.

Permulaan perjuangannya Parti Perikatan ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik.

Pergerakan Komunis Di Malaysia
Pergerakan komunis Parti Komunis Malaya (PKM) bermula sebagai Malaysia People’s Anti Japanese Army (MPJA). Pihak British telah memberi MPAJA senjata untuk melawan Jepun. Ketika berusia 23 tahun Chin Peng telah membunuh Lai Tek (Setiausaha Agung PKM) kerana Lai Tek telah melarikan duit PKM.

Beberapa orang Melayu juga telah menyertai PKM seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka adalah orang yang alim dan sentiasa bersembahyang walaupun di dalam hutan. Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.

Tetapi perjuangan PKM yang menjadi radikal dan ganas telah menyebabkan orang Melayu membeci PKM. Chin Peng telah mula terpengaruh dengan doktrin Mao Zedong.

Chin Peng bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Kelompok politik elit Melayu telah memanggil British untuk menumpaskan PKM maka terbentuklah British Miltary Administration (BMA).

[bersambung]

En Razak bin Omar,
Naib Yang Di-Pertua,
ISMA Shah Alam & Klang
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *