Azab yang terselindung

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang melakukan fitnah (membunuh & meluaskan kerosakan) ke atas orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab yang membakar. (Surah al-Buruj)

Zaman memfitnah umat Islam sekarang berlaku dengan begitu meluas. Lihat sahaja di Eropah, apakah bentuk layanan yang diberikan kepada umat Islam di sana?

Merenung keadaan yang berlaku di Palestin juga begitu. Afghanistan masih lagi dibantai. Iraq terus menerus diserang.

Hati masih lagi bersedih dengan peristiwa hitam yang menimpa orang-orang Melayu di Pattani dalam peristiwa Tak Bai. Semua itu menggamit setiap Muslim untuk merenung dan berfikir akan segala bencana yang menimpa negara-negara Kufur pada tika ini.

Menarik perhatian saya adalah ledakan gunung berapi di Iceland. Berapa bilionkah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syarikat penerbangan di Eropah? Jiwa rakyat Eropah diganggu dengan perasaan bingung kerana terpaksa menunggu berjam-jam di lapangan terbang. Tidur mereka diganggu, makan mereka terganggu, tenaga mereka terpaksa dihabiskan di tempat yang sebegitu.

Beralih pandangan ke Bangkok. Setiap insan tertanya-tanya, apakah masalah sebenar yang melanda negara Gajah Putih itu? Pemimpin seringkali bertukar ganti. Lemahnya mereka berhadapan dengan rakyat sendiri. Baru sahaja lebih 20 orang penunjuk perasaan mati ditembak, termasuk juga beberapa orang tentera. Tembakan rambang, ledakan bom tangan, permusuhan antara penyokong baju merah dan baju kuning.

Sejenak kita terfikir, adakah ini disebabkan dosa-dosa mereka terhadap umat Islam. Peristiwa hitam yang menimpa mereka sedikit pun tidak melibatkan tenaga manusia yang bernama Muslim.

Allah s.w.t yang menggerakkannya secara bersendirian. Orang Islam berada dalam keadaan rehat di kala ini, sambil mata mereka memandang-mandang situasi yang dihadapai musuh Allah s.w.t.

Doa demi doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Kini saya melihat kesedihan dan kepiluan yang dihadapi Umat Islam sedikit terubat dengan balasan Tuhan terhadap musuhNya.

Bukan sedikit jiwa Muslim diratah di muka bumi ini. Pattani yang paling hampir, Urumqi di sebaliknya, al-Aqsa yang dipijak, Afghanistan masih dikepung, Iraq yang bemandi darah, Pakistan ditimpa fitnah. Semua itu perancangan musuh yang teliti demi menghancurkan Islam di muka bumi.

Akan tetapi Allah s.w.t berjanji, selagi manusia yang berhati kering ini tidak bertaubat, nescaya tentera Allah akan melaksanakan tugasnya. Bukan orang Islam yang merancang pertumpahan darah di Bangkok, bukan juga Muslim yang meledakkan gunung berapi di Iceland. Tidak juga meniup taufan di Amerika Syarikat. Bukan “kami” yang merancang untuk membengkrapkan Greece. Kuasa ini di tangan Allah s.w.t semata.

Azab ini yang terselindung dari pandangan mata manusia. Semoga ia memberi pengajaran kepada Kuffar.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud: Dan tidak ada yang mengetahui bala tentera Tuhanmu kecuali Dia sendiri. (Surah al-Muddathir)

Ustaz Mohd Azrin Samsudin,
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia,
ISMA Shah Alam & Klang
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>