ISMA Kelantan kupas mutiara-mutiara dakwah Hasan Al-Banna

Kota Bharu, 17 April – Bangunan Pustaka Az-Zahra’ menjadi saksi bersemaraknya program-program dakwah dan pertemuan-pertemuan yang diatur untuk memberi kefahaman dan kesedaran terhadap Deen Islam yang suci ini.

Kali ini ISMA Kelantan sekali lagi memilih lokasi ini sebagai tempat pertemuan untuk mengupas kehebatan kitab Majmu’ Rasail yang telah ditulis sendiri Sang Mujaddid kurun ini Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Rahimahullah.

Ustaz Abdul Karim Bin Mohamed

Ustaz Abdul Karim Bin Mohamed (AJK ISMA Kelantan) selaku penceramah utama pada hari itu memulakan pembentangan beliau pada jam 9.30 pagi dengan pengenalan tentang kehidupan Al-Banna (Hayah Al-Banna) sejak lahir hinggalah menemui syahid ditangan orang-orang yang zalim.

Pada sesi kedua beliau menyambung pembentangannya yang bertajuk Dakwatuna dan mengaitkan bicaranya dengan senario dai’e pada hari ini. Persoalan-persoalan yang berbentuk ilmiah diajukan secara bersahaja oleh beliau kepada semua hadirin yang hadir. Sesungguhnya pertemuan seperti ini amat dirindui oleh para dai’e dan dai’eyah di dalam persediaan diri untuk bertemu Allah Azza Wa Jalla.

Sumber: Laman Web ISMA Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>