Ahli-ahli ISMA DHL tabur khidmat bakti kepada masyarakat

Sepang – Menunjukkan jalan kebajikan adalah salah satu tugas dakwah dengan tujuan untuk mengajak orang-orang melakukan kebajikan itu. ISMA Daerah Hulu Langat (DHL) memandang serius aspek pentarbiyahan dari sudut ini. Terdapat pelbagai cara untuk membuka jalan ke arah membuat kebajikan. Antaranya, menjadi matlamat ISMA DHL dalam jangka masa sederhana ini untuk aktif dalam program-program berbentuk khidmat masyarakat.

Program Khidmat Masyarakat bersama Surau Al-Makmur, Desa Makmur, Sepang yang telah diadakan baru-baru adalah salah satu usaha ke arah mencapai tujuan ini. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada persiapan awal untuk kerjasama seterusnya sempena Program ‘Homestay’ Remaja pada 1 hingga 13 Disember 2009 bertempat di surau ini juga. Seramai lebih kurang 40 orang peserta akan berkampung di surau ini nanti, yang rata-rata datang dari sekitar Hulu Langat, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan negeri-negeri lain.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Di samping mentarbiyah para ahli untuk membuka peluang untuk melakukan aktiviti yang memberi kesan kepada masyarakat setempat, ia juga membantu memperkenalkan lagi ISMA.

Pada masa hadapan, ISMA DHL akan menjadikan program khidmat masyarakat seperti ini sebagai usaha untuk mendekati masyarakat di sekitar Hulu Langat terutamanya golongan belia dan remaja. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memupuk sikap rasa tanggungjawab dan ingin berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sumber: Blog ISMA DHL

10 thoughts on “Ahli-ahli ISMA DHL tabur khidmat bakti kepada masyarakat

  1. NUR ILYANA BINTI ISMARAU TAJUDDIN

    Mmeberi peluang untuk lebih mendalami islam serta melakukan kerja2 amal

  2. saya berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan isma..untuk mendepani cabaran yang mendatang dengan lebih swadaya..

  3. Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia
    Saya berminat untuk menjadi ahli isma.
    Dari Sarawak….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *